Kamal Afendi Penganalisis Jenayah Cedera Diserang Lelaki Mengamuk

Tadi nampak berita kat Awani pasal penganalisis jenayah Kamal Affendi , 43 tahun, yang diserang oleh lelaki mengamuk. Kejadian ni berlaku apabila lelaki tu sedang bertengkar dengan rakan serumahnya, dan Kamal Afendi datang untuk mententeramkan keadaan. Malangnya lelaki tersebut mengamuk dan mencederakan beliau. Kamal Afendi terpaksa melepaskan tembakan dan berita tadi melaporkan lelaki bersenjatakan parang tadi dah mati ditembak. Akibat dari serangan tu Kamal cedera di lutut dan tangan kanan.

Mesti ramai yang kenal kan Kamal ni selalu ada kat tv bagi penerangan pasal jenayah dan cara cara nak mengelak dari jenayah dan kes ragut yg selalu jadi, dia ni kelakar jugak dan santai je cara penerangannya.

Kamal Afendi penganalisis jenayah

Berita lanjut:
Kamal Afendi yang berada di pejabatnya bergegas ke lokasi untuk mententeramkan keadaan.

Empat anggota polis turut berkejar ke rumah pangsa berkenaan namun mereka diserang lelaki terbabit.

Kamal Afendi terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri apabila lelaki itu menerkamnya dengan parang.

Beliau dihantar ke Pusat Perubatan Selangor untuk mendapat rawatan.

Berita dari Harian Metro

Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian itu seorang wanita yang baru seminggu bersalin dan sedang berehat di ruang tamu rumahnya turut cedera akibat terkena peluru sesat.

Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.
Punca Kejadian :
“Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.
“Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.
Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.
Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.

Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.
“Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.
“Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian,” katanya.
Mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.
“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kamal Afendi Penganalisis Jenayah Cedera Diserang Lelaki Mengamuk”

  1. Mus says:

    perghh dahsyat kes ni.. main parang dan pistol
    Mus recently posted..Review: Cara Mudah Menang Top-Up RM30.00

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold