Jalan/Aliran Trafik Yang Ditutup Hari Bersih 2.0

Bermula tengah malam semalam, polis telah membuat roadblock di sekita Kuala Lumpur. Kawasan kawasan atau jalan yang ditutup/ roadblock pada hari Sabtu 9hb Julai sempena Bersih 2.0,  ialah Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jln Bukit Petaling, Jln Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara. Jalan Hishammuddin, jln Lembah Pantai, Jln Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni , Masjid Jamek, DBKL, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jln Kinabalu, Jln Kuching, Jln Sultan Ismail, Jln Raja Laut, Jln Seri Amar, Jln Tunku Abdul Rahman, Jln Hj Taib, Jln Raja Muda Musa, Jln Raja Bot, Jln Raja Abdullah, Jalan DAng Wangi, Jln Munshi Abdullah, Jln Gereja, Jln Raja Chulan, Jln Tun TAn Cheng Lok, Jln Raja PErak, Jln Sultan Mahmud, dan kawasan berhampiran.

Tambahan:

Trafik dan lebuhraya persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jln Kelang Lama, Sg Besi dan Lebuhraya Seremban

Trafik dari Jln Klang Lama ke KL akan dilencongkan ke lebuhraya Seremban atau Petaling Jaya.

Trafik dari Jln Bangsar/ Travers ke pusat bandar  dilencongkan ke Jln Mahameru

Trafik ke Jln Mahameru ke pusat bandar KL  akan dilencongkan ke Jln Bangsar.

Jalan / trafik dari  Sungai Besi ke Istana akan ditutup.

Hentian Puduraya, Puduraya, dan Hentian Pekeliling  terminal bas ditutup pada hari Sabtu 9hb Julai .

Bas yang menuju ke hentian Puduraya akan dilencongkan ke Pengankutan Bersepadu Terminal Bandar Tasik Selatan (ITT- BTS).

Trafik hala ke Puduraya dan Pekeliling  dilencongkan ke Hentian Duta.

Operasi bas di Puduraya ditutup buat sementara kecuali laluan KL – Seremban.

Gambar jalan yg ditutup di sekita KL (dari Malaysia Kini)

Gambar KL lengang dan sepi… KL Darurat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold