Iklan Julia Roberts DiTarik Balik di UK Kerana Edit Berlebihan

Iklan yang menggunakan model dan pelakon Julia Roberts untuk jenama Lancome ditarik balik di UK kerana gambar yang digunakan tu terlalu banyak kesan edit. Pendek kata, banyak diphotoshop kan hehe!! Di Malaysia takdak pulak kes macam ni kan. Contoh iklan jenama pencerah kulit muka, krim kulit yang guna model model pelakon Malaysia masih boleh lagi dipaparkan walaupun ramai yang tau gambar tu diedit atau diphotoshopkan.

Iklan jenama terkenal tu diharamkan oleh Lembaga Piawaian Pengiklanan di UK kerana terlalu banyak kesan edit secara digital atau air brushed secara berlebihan. Lagi satu iklan yang menggunakan model Curly Turlington pun diharamkan di UK kerana sebab yang sama, kerana diedit hingga model kelihatan sangat cantik dan muda, ini akan mengelirukan pengguna.

Julia Roberts sudah berusia 43 tahun tapi masih lagi kelihatan ayu dan muda..hehe!! (kesan photoshop). Bagi kes iklan Turlington, pihak pengiklan mengaku membuat edit di bahagian mata dan pencerahan kulit muka, memgurangkan bayang bayang gelap di sekitar mata dan bibir.

Pihak yang membuat protes itu berpuas hati setelah iklan tu diharamkan di UK, kerana bagi mereka iklan yang sebegitu boleh membuatkan tekanan kepada golongan wanita yang terlalu ingin atau obses nak jadi cantik, kelihatan muda seperti model terkenal. Mereka berharap iklan seperti itu tak lagi mengelirukan pengguna.

Photoshop Makeover cantikkan wajah

Ok ni bagi sesiapa nak hilangkan kedut dan jerawat atau nak bagi kulit muka licin boleh try tutorial photoshop makeover..hahaha!!

Tak diharamkan sebab korang edit gambar sendiri tengok sendiri..boleh try ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Iklan Julia Roberts DiTarik Balik di UK Kerana Edit Berlebihan”

  1. kalau orang biasa pakai, masih tetap tak ada sebarang perubahan.. semua terkena dek kerana iklan.. ish2..

  2. APAN says:

    satu tindakan yg bijak…xde la menipu je.smpai orang tengok iklan pun jadi x percaya.kat mesia ni pun bnyak kes gini.huhu…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #4

  3. Mus says:

    menang tertipulah pengguna..
    Mus recently posted..Ajaibnya!! Baju T-Shirt Yang Pandai Berkata-kata

  4. titan says:

    hoho..biasalah tu..
    titan recently posted..5 hari dah aku hilang..diculik..

  5. zik says:

    bab2 edit memang pro… tak ingat… muka clean habis… iklan produk2 kat malaysia pun apa kurangnya …menggunakan artis.. dan edit2 baik punya… huhu
    zik recently posted..Percaturan K raja gopal menentang Singapura 2nd leg 2011

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold