Filem SAM Arahan Pengarah Muda Shafiq Yusof

Filem SAM atau Saya Amat Mencintaimu ialah arahan pengarah muda Shafiq Yusof, anak bongsu kepada Datuk Yusof  Haslam. Shafiq baru saja berusia 18 tahun tapi sudah diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengarahkan filem SAM. SAM dilakonkan oleh Shaheizy Sam bersama Lisa Surihani serta Syamsul Yusof. Filem ni sudah mula menjalani pengambaran, mungkin tahun depan kita boleh tengok hasil karya remaja Shafiq Yusof ni.


Sebelum tu Shafiq pernah buat filem pendek komedi bertajuk Along atau Ah long, lebih 60 ribu telah dilihat di you tube. Bapanya jugak memberi peluang kepada Shafiq untuk mengarah beberapa episod dalam Gerak Khas. Nampaknya DY sudah ada ramai pelapis dalam keluarga beliau, menjadi pengarah filem. Satu fenomena jugak dalam keluarga DY Haslam.

Shafiq terpaksa menangguhkan pelajarannya di KLMU kerana nak menumpukan sepenuh perhatian kepada filem SAM. SAM terbitan Skop Productions mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan mencintai Lisa yg jugak rakan sekerjanya. Sementara tu Lisa sering diganggu oleh Haikal dan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara Sam dan Haikal. Dalam pada tu muncul pulak lelaki hensem bernama Jefri yang menaruh hati kepada Lisa. Para pelakon dalam filem ni ialah Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Nasir Bilal Khan, Lydiawati, Harun Salim Bachik, Mubarak Majid dan Fimie Don. Skrip untuk filem SAM diolah sendiri oleh Shafiq dan dibantu oleh sepupunya.

Shafiq lebih suka mengarahkan filem bercorak komedi memandangkan dirinya yang masih muda, tetapi dia cuba mengarahkan filem bercorak cinta  ( dan psycho thriller) seperti dalam filem SAM kerana permintaan oleh bapanya sendiri.  Shafiq lebih suka mengarah dan duduk di belakang tabir berbanding abangnya Syamsul yang turut berlakon dan mengarah. Shafiq agak ceria dan suka berlawak, so meh kita saksikan filem pendek lawak dari Shafiq.

video pendek komedi hasil karya Shafiq Yusoh  pasal Along.

Video Shafiq bersama Sam dan Lisa Surihani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Filem SAM Arahan Pengarah Muda Shafiq Yusof”

  1. APAN says:

    bes la ade mak bapak kaya.anak pun automatik kaya.haha…

    senang2 je dpt jadi director…tpi video dia tu bes gak…layan.haha…

  2. Sya Isya says:

    wow! baru ni tau pengarah SAM anak Yusuf Haslam. Ke mana nak tumpah kuah kan…
    Sya Isya recently posted..KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH

  3. eddy says:

    baru 18 dh jadi pengarah….terbaik….untunglah….tpi mmg ade bakat 2..haha….

  4. akubiomed says:

    2 adik beradik mempunyai sifat berlainan tetapi melihatkan Syafiq mempunyai kreativiti tinggi dengan mengunakan teknik terkini. Abangnya ada sedikit old school

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold