Biodata Beto Kusyairy a.k.a Cikgu Ariffin

Kenal ke Cikgu Ariffin yang panas baran dan menjadi guru kelas mekanik dalam Juvana Tv3? hehe!! mesti kenal kan, watak cikgu Ariffin yang jahat dan suka berkomplot dengan warden tu. Watak cikgu tu dipegang oleh Beto Kusyairy atau nama asalnya Nurkusyairy Zakuan Osman. Geram sungguh tengok cikgu Ariffin yang sombong kalau bertemu cikgu Zakiah, maknanya lakonan Beto memang hebatkan.





Beto mula dikenali melalui bakat lakonannya yang terserlah dan bersahaja dalam drama Warkah Terakhir :Rosly Dhobi dan Geng Surau, kemudian dalam Juvana dan Kasyaf Imani. Beto amat memilih watak dan jalan cerita sebelum menerima tawaran berlakon kerana baginya watak dan jalan cerita perlu berbentuk ilmiah dan memberi penagajaran dan kesan yang mendalam kepada penonton.


Beto mula diambil berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Hj Azmi sebagai watak sampingan saja, sebelum tu Erma Fatima jugak banyak mengambil beliau berlakon dan akhirnya dia kini semakin dikenali. Beto pernah terlibat dalam pelakon aksi lagak ngeri bagi watak Ac dalam Cicakman dan jugak untuk watak Khir Rahman dalam Bilut, sebelum berlakon drama. Sekarang Beto glemer dgn watak Cikgu Ariffin dalam Juvana arahan Khabir Bhatia pulak .

Oh camtu ye, patut le drama Beto ni jarang2 dilihat dan sekali dia berlakon memang orang akan ingat lama lama ye.


Sikit Biodata Beto Kusyairy

Nama asal: Nurkusyairy Zakuan b Osman

Lahir pada: 19hb Feb 1980

Asal: Kuala Lumpur

Status : Berkahwin dengan Tisha Shahar

Kerjaya : pernah berlakon aksi lagak ngeri dalam Cicakman dan Bilut

Pendidikan : Diploma Perhotelan Uitm.

Antara Telefilem dan drama lakonan: Tersasar di jalanmu, Mencari Nurkhadijah, Kasyaf Imani, Wasiat, Juvana, Geng Surau, Kekasih ku Seru, Pusaka (sekadar menyebut beberapa senarai drama)


Filem lakonan: Nur Kasih the movie, Chow Kit, Jalan Pintas, Sini Ada Hantu, Kami The Movie , Barajiwa dan Syaitan.

Dari mana asal nama Beto tu? Semasa dia berlakon dalam filem Syaitan, Rosyam Noor cadangkan pada dia supaya meletakkan dua nama macam nama Rosyam Noor, kerana kebanyakan pelakon ada dua nama. Beto menyatakan dia mengambil nama Beto sempena nama panggilan semasa di sekolah, nama Beto ialah nama dari drama Mexico yang mengisahkan tentang persahabatan. Jadi teman rapatnya memanggil dia dgn nama Beto saja, jd lekatle Beto Kusyairy.


Artikel lain: Biodata BOTAK Juvana

Beto Kusyairy tak kacak tetapi berbakat besar

Beto dan isterinya

p/s Wasiat drama terbaru Beto berlakon bersama Farid Kamil, Sara Ali dan Yasmin Hani, 27 Julai Astro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Biodata Beto Kusyairy a.k.a Cikgu Ariffin”

  1. faeiz says:

    rasanya nanti dalam cite juvana episod akhir annti dia ni yang jadi penyelamat kot…agaknya lah kan..hehe:-)

  2. memilih untuk berlakon filem/drama yang berbentuk ilmiah sahaja eh.. macam academic type of person je

  3. lin azlina says:

    owh..cikgu arifin..best dia berlakon..mmg menjadila

  4. AzlanYussof says:

    aku start kenal mamat ni mase die berlakon Geng Surau (watak utama sbg Mayat)..hehe..sebelum tu tak perasan plak..

  5. jane says:

    cg ariffin cikgu yg ngajar pertanian kan?kan?kan?

  6. akubiomed says:

    Dari mula drama Juavan hinggalah siri akhir saya tidak pernah menonton. Terkejut juga drama Juavana dapat menarik 4juta penonton tapi saya bukan salah seorangnya. Kelainan dari yang lain

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold