Bicara Kes Bunuh Sosilawati : Sosilawati Terima Cek 1Juta dari Pathmanabhan

Perbicaraan berprofil tinggi kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati bermula pada 3hb Julai dan akan berlangsung selama 3 bulan. Suspek pembuhuh Sosilawati telah diberkas dan sekarang dibicarakan. Laporan berita mengenai kes perbicaraan ada menyebut yang Sosilawati dapat cek bernilai RM1 juta.

Artikel lepas: Majistret Silap Kenakan Hukuman 7 Tahun

Berita lanjut:

Datuk Sosilawati Lawiya menerima cek tertunda bernilai RM1 juta pada petang 3 Ogos lalu daripada tertuduh pertama, N Pathmanabhan.

Saksi Pendakwaan ke-13, ahli perniagaan, Junaidah Ismail, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini pada ketika itu, beliau, Sosilawati dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pergi ke pejabat Pathmanabhan di Banting, dan menunggu selama setengah jam, sebelum tertuduh pertama tiba menaiki kereta jenis Mercedes Brabus.

Katanya, beliau hanya menunggu dalam kereta bersama- sama Kamaruddin manakala Sosilawati turun sebentar dan mengambil sesuatu daripada Pathmanabhan, sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Datuk Sosilawati Lawiya menerima cek tertunda bernilai RM1 juta pada petang 3 Ogos lalu daripada tertuduh pertama, N Pathmanabhan.

Saksi Pendakwaan ke-13, ahli perniagaan, Junaidah Ismail, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini pada ketika itu, beliau, Sosilawati dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pergi ke pejabat Pathmanabhan di Banting, dan menunggu selama setengah jam, sebelum tertuduh pertama tiba menaiki kereta jenis Mercedes Brabus.

Katanya, beliau hanya menunggu dalam kereta bersama- sama Kamaruddin manakala Sosilawati turun sebentar dan mengambil sesuatu daripada Pathmanabhan, sebelum masuk semula ke dalam kereta. “Sosilawati pegang cek. Dia tunjuk kepada saya di belakang dan berkata, ‘Nah Kak Ju tengok, aku dapat payment’.

“Saya nampak cek itu bernilai RM1 juta. Ketika nak pulangkan, saya ternampak ia post dated cheque.

“Saya tanya, Ti, kenapa bulan September, sekarang Ogos dan dia kata, tak mengapa, kita dah bincang,” katanya

sumber Berita Harian.

Berita dari Utusan Malaysia pulak :

Kes berprofil tinggi itu membabitkan bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan, yang mengaku tidak bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot no 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada 30 Ogos tahun lepas.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Artikel berkaitan : Gambar suspek pembunuh Sosilawati

Nash sebak terima berita pembunuhan jutawan kosmetik

Anak Sosilawati kesal hukuman 7 tahun tak setimpal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold