Bersih Gagal Dapat Permit Berhimpun Di Stadium Merdeka

Berita dari Malaysia kini jam 1.30 lebih tadi melaporkan Bersih 2.o sudah dapat permit dari pihak polis untuk berhimpun di Stadium Merdeka. Tetapi terdapat salah paham pulak, Malaysiakini dengan berita baru, Bersih gagal dapat permit dari pihak berkuasa.

Berita lanjut:

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

“Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

“Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

“Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times “Is this a permit?” Police: “Yes”, but now, police say “Actually it is a letter denying permission”.

Sementara itu, Zulkarnain pada sidang medianya, petang tadi tadi berkata tidak timbul salah faham berhubung permohonan permit itu.

“Tidak, tiada silap komunikasi pada pihak kami.

“Mereka cuma dihubungi untuk datang ke mari untuk mengambil sepucuk surat yang menyatakan permohonan mereka tidak diluluskan,” katanya.

Menurut Zulkarnain, BERSIH 2.0 membuat permohonan permit pagi ini tetapi ahli jawatankuasa pemandunya, Maria Chin Abdullah menafikannya.

Chin memberitahu wartawan beliau ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi menerima surat yang memaklumkan gabungan itu bahawa permohonan permit mereka telah dinafikan.

Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan bahawa polis sebelum itu memberitahu mereka bahawa permit telah diluluskan.

Namun menurut Chin, BERSIH 2.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.

“Bagaimana polis boleh menolaknya sedangkan kami belum menyerahkan permohonan?”

Beliau kemudian menuju ke balai polis Pudu untuk menyerahkan permohonan rasmi bagi mendapatkan permit bagi perhimpunan esok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Bersih Gagal Dapat Permit Berhimpun Di Stadium Merdeka”

  1. Tapi pengurusan Stadium Merdeka tak bagi dah, alasan kerja-kerja menaik taraf stadium.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Don’t go to KL on 9 July 2011

  2. wadud says:

    hurm..
    bagi jelah kalau rasa bende betol?
    kalau rasa salah ape salahnyer sekat?
    ^_^

  3. alahai kata ada 1 juta nak join?.. buat ler kat stadium besar dan baru (Shah Alam ker).. buat apa lah berabis nak buat kat stadium kecil dan usang tu?
    kawe tak layan ehhh.. 9 julai nak tgk transformers :wink:

  4. titan says:

    aku malas tengok drama swasta pasal permit nih..dah macam drama tv3 pun ada..
    titan recently posted..PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold