30 Murid dan 3 Guru Tadika Serikids Muar Jadi Tebusan

Berita tergempar, terkejut jugak ni baca berita pasal 30 orang murid dan tiga guru tadika Serikids di Muar yang menjadi tebusan lelaki bersenjata parang, berita pada pukul 11 lebih tadi ni di Berita Harian Online. Hingga jan 12 tengahari polis masih berusaha untuk selamatkan mangsa tebusan. Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.

Macam macam le yang bahaya berlaku sekarang ni, tadika pun kena jadi sasaran, apa yang nak diambil dari tadika tu, lain le kalau bank ke rumah orang kaya ke.

Berita lanjut:

Tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, dekat sini.

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Sehingga jam 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu.

UPDATE: Semua mangsa selamat

Semua mangsa berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.

Dua wanita dipercayai saudara suspek turut berada di tempat kejadian bagi memujuk beliau melepaskan mangsa dan menyerah diri.

Difahamkan antara tuntutan lelaki berusia 30-an itu ialah supaya diberikan sepucuk pistol automatik.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala.

Guru dan murid terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang.

Lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke sama untuk rawatan.

Terdahulu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal.

Drama tebusan itu bermula 9.30 pagi tadi apabila lelaki yang bersenjatakan parang menceroboh tadika berkenaan

Semalam baca pasal Kamal Afendi (penganalisis jenayah ) diserang lelaki mengamuk

Gambar Tadika Serikids

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “30 Murid dan 3 Guru Tadika Serikids Muar Jadi Tebusan”

  1. Nini Hartini says:

    semoga semuanya dpt diselamatkan. bimbang betul…

  2. wadud says:

    ape kelah bengong..
    adoyai..

  3. Gila ka apa yang buat tebusan ni?
    Ni dalam balai karang mesti kena belasah KAw2 ni.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..How to remove 404 error

  4. zik says:

    dekat bandar muar nih, tempat kawe nih .. tapi aku tak kesana.. sebab menghala ke batu pahat..
    zik recently posted..Steven Gerrard tak jadi turun asia,& keputusan undian olimpik 2012

  5. Miziey says:

    hi singgah sini.. pnjm gambar artikel ni jap.. hehe.. :D

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold