Tahajud Cinta ialah Slot Zehra baru di Tv3 bakal menemui anda pada 8hb Julai ni, setiap Jumaat jam 9 malam. Satu lagi karya pengarah Erma Fatima yang bakal mencipta fanomena tersendiri selepas Nur Kasih. Dalam drama Tahajud Cinta ni ada
ramai sangat pelakon terkenal dan hebat hebat belaka, rasanya ada 20 orang pelakon hebat. Erma Fatima sapu bersih semua pelakon hebat ni dia masukkan dalam satu drama. Gempak gitu!! haha tak sabar nak tengok nih.
Antara pelakon hebat tu ialah Remy Ishak, Nur Fazura, Fouziah Gous, Shahz Jaszle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Melisa Saila, Ziela Jalil, Erma Fatima, Dira Abu Zahar, Ahmad Tarmimi Siregar, Fadilah Mansor, Haryanto, Zack Taipan, Anne Abdullah, Neelofa dan Azizah Mahzan.
Kontroversi Tahajjud Cinta – ERMA nak minta Dr Asri komen
Sinopsis Tahajud cinta sudah diskodeng..
Menurut Erma , drama ni dihasilkan untuk memaparkan perjuangan wanita dan meyemarakkan semangat kaum wanita. Erma kata banyak kes penganiyaan wanita berlaku sekarang ni, dan dia nak memyedarkan kaum wanita akan hak wanita tu sendiri.
Siapa pelakon utama atau hero filem ni ye? dah ramai sangat pelakon hebat..hehe Remy Ishak atau Shah Jazle? Erma kata tak da siapa pun jadi hero atau heroin, semua pelakon kena berlakon bagi menghidupkan watak masing masing.
Apa pun pasti drama ni hebat dan mendapat sambutan kerana semua pelakon ni punya peminat tersendiri, Tiz Zaqyah danRemy, (hebat dlm Nur Kasih) Shah Jazle (siapa tak kenal kan pelakon Asmara ni) ditambah lagi dgn Aaron Aziz (yg tgh panas dgn Nora Elena). Pelakon veteran lain seperti Jins Shamsudin, Eman Manan dan Ahmad Tarmimi Saregar.
Drama dibuat pengambaran di Kaherah ye.
Sinopsis Tahajud Cinta ,
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak kpd Citra )ada masalah dengan suamnya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.
Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah
Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.
Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri. Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Patutle tengok air mata Fauziah Ghous ni bergenang je ek. Seri yang dilakonnya ialah wanita yang punya sejarah hitam dan telah didera secara seksual semasa kecil.
Ulasan Nuriz
Erma kata dalam ni tak da hero atau heroin , tapi heroin sebenar ialah Fazura le sebab, Fazura ni akan memperjuangkan hak wanita yang mengalami pelbagai masalah terutama dalam perkahwinan. Hero pulak Shah Jazle hehe!! apa kata anda?
Tengok watak watak ni ada isteri pertama, kedua ketiga dan keempat, nampaknya drama ni ada cerita pasal poligami jugak kan hehe!! Teringat kat abang Jem tu.
Lagi gambar menarik dalam Tahajud Cinta
Watak pelakon dalam Tahajud Cinta
Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (Ustaz Syauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteri pertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra) .
Trailer Tahajud Cinta
June 15th, 2011
Nuriz Ibrahim 




Posted in
Tags: 

Yang gadis nampak mata jer tu siapa Nuriz?
Sabahan Bloggers Club recently posted..Access block website with DNS IP
fauziah ghaous sebab jarak mata dia rapat sikit hehe
Fazura atas, bawah sekali Fauziah ghaous
thanx utk sinopsis ni
suspen tgk trailer kt tv.hehe
oo mata faouziah rupanya..
x sabar nk tgk..
suka fazura..huhu