Sinopsis KL Gangster dan Trailer

Lagi filem baru Syamsul Yusof, KL Gangster sudah pun berada di pawagam pada 9hb Jun. Para pelakon dalam KL Gangster ialah Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Ady Putra, Ridzuan Hashim, Zizan, Sheera Iskandar dan Adam Corrie. Filem ni diarahkan oleh Syamsul dan jalan cerita pun dia yang buat. Ramai pelakon hebat dalam filem ni nampaknya. Filem ni pasti mendapat sambutan hangat dan kutipannya mesti masyukk!!  Sayang Sam tak dak pulak dalam filem ni kalau tak lagi masyuk ler.

KL Gangster

Sinopsis KL Gangster,

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

KL GANGSTER 2 prekuel comin soon dari buah tangan Syamsul (11 Million Dollar Man)

Trailer KL Gangster

DOWNLOAD FILEM

Korang boleh download KL gangster di Jieazz sekarang :)

Harap bersabar bagi yang sedang mencari link download filem Gangster, masih belum ada lagi, akan diupdate kelak. Baru lagi beb filem ni mana keluar lagi nak sedut, astro pes pun blum lagi heheh!!

Terkini : Kutipan 1 hari filem KL Gangster , telah berjaya mengutip sebanyak 1.5 juta

Kutipan Hari Keempat KL Gangster TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Sinopsis KL Gangster dan Trailer”

  1. Pergi TGV semalam, ramai yang tengok movie ni. Dah dua kali dah pergi cinema terlupa plak nak tengok ni. :)
    Sabahan Bloggers Club recently posted..9 best photo editor software for blogger

  2. yas says:

    “Abang Long ke ayahnda ke”….pehh ayat ganas gak tuu…
    nampak aksi2 dlm pilem tu cam beshh jerr….
    yas recently posted..Sape buat fesyen rambut camni- aku bagi hadiah

  3. Kalamhati says:

    Mcm tingin nak tgk je..hehe

  4. a loqman says:

    menagmbil kesempatan siggah sini..ada orang minat cerita…kasih cinta suci…

  5. mario says:

    tgk trailer mcm best…tak sabar nak tungu dia msk astro pes…hehe

  6. APAN says:

    sudah berjaya ditonton… :) bes!
    APAN recently posted..Jangan Jadi Begini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold