Sinopsis Kawin Masal Astro Ria

Sinetron Kawin Masal ditayang di Astro pada 24 Jun lepas, ganti Cinta Melody yg habis (episod akhir 36) . Kawin Masal ni bergenre komedi dilakonkan oleh Agnes Monica sbg Sachiko , Glenn Alinskie sbg Rio dan Jonas Ravinno sbg Ben. Kawin Masal ni maksudnya upcara kahwin cara beramai – ramai. Nak tau pasal Kawin Masal ni, meh baca sikit sinopsis dalam bm ni :)

Kawin Masal (Agnes Monica dan Glenn Alinskie

UPDATE : EPISOD AKHIR KAWIN MASAL ( ENDING Kawin masal + Babak Romantik Rio dan Sachi)
Sinopsis Kawin Masal versi BM

Sachiko dan Rio berkawan baik sejak sekolah, dalam diam Rio ni jatuh cinta le kat Sachi, tapi takut nak meluahkan perasaan dia. Sachi pulak suka kat lelaki lain nama Ben, jadi Rio ni jadi orag tengah le dalam hubungan cinta Sachi dengan Ben. Sachi suka kat Ben sebab Ben ni dilihat seorang pemuda yang kacak, digilai setiap wanita, bergaya dan ada moto besar. Rio pulak sanggup buat apa saja demi Sachi, dia sanggup korbankan cintanya demi kebahagiaan Sachi. Ben dan Schi suka pada buat perkara yang unik, jadi untuk berkahwin pun depa memang suka yang unik unik, jadi depa pun buat le idea utk Kawin Masal.

Pada hari perkahwinan, Sachi rasa resah sebab Ben tak jugak muncul2. Bapa Sachi memaksa Rio untuk kahwin jugak dengan Sachi sebab Ben masih tak nampak batang hidung. Rio terkejut dengan insiden tu, jadi dia pun bernikah jugak le dgn Sachi. sachi tak suka dekat Rio, dan dia pun bernikah atas paksaan bapanya aje. Rio pulak memang nak sangat le kawin dengan Sachi, tapi dia tau dan sedar sachi tak suka dia.

Setelah selamat je pernikahan Ben dan Sachi , maka Ben pun datang meminta maaf sebab dia tertidur. Sachi gembira le sebab Ben bukan sengaja tak datang.
Rio pulak sedia berpisah kalau sachi nak kawin dengan Ben, dan dia boleh lepaskan Sachi, tapi Sachi tak nak bercerai secara terburu-buru, sebab diorang baru je kawin, nanti dia takut bapanya naik angin lak. Selama diorang bernikah, Sachi tetap berhubung dengan Ben dan Rio pun tau tentang hubungan tu. Rio pun tak pernah sentuh sachi sejak mereka berkahwin.

Apakah kesudahan cerita episod akhir Kawin Masal ni, adakah Sachi dapat menerima keikhlasan Rio mencintainya atau menerima kembali Ben yang dicintai dan memiliki segala yang diingininya?

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Sinopsis Kawin Masal Astro Ria”

  1. lama tak tengok AM berlakon. comellah dia :D

  2. adila says:

    best x ending citer kawin masal ni
    sy takut endingnya x best mcm ending cinta melody
    menyesal je tengok dari awal
    episod kawin masal berape?
    panjang x citer ni
    moga moga panjang tp jgn panjang sgt

  3. tumpanglalu says:

    saya dah tgk cerita ni kat youtube last year (tapi account yg upload tuh dah kne delete) kawin masal ni best tau. lucu. and ending dia pun happy :) tgk lah. mesti enjoy pnye :) tak silap sinetron ni x panjang. dlm 25-30 episode jea.

  4. Kimi Roslan says:

    happy selalu!!!!!!

  5. azie aziera says:

    dia kwin ngan saper yea???
    arap ngan rio…byk bkorban tuk sachi…
    ben lak lbih pntingkn dri,,,
    wait n see jela…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold