Sinopsis Dewa Cintaku tv3

Satu lagi drama baru Dewa Cintaku akan datang di slot Akasia tv3 untuk ganti Nora Elena pada 20hb Jun ni. Para pelakon dalam drama ni ialah Fasha Sandha dan Iqram Dinzly, semua tau kan cerita pasal Fasha hot dengan Iqram ni. Tak mau cerita pasal tu, nak cerita pasal drama Dewa Cintaku ni. Novel ni kompem adaptasi dari novel muzikal pertama yg ditulis oleh Dilla Hussein pada tahun 2005, masa tu Rosyam dan Nasha jd pelakon. Versi tahun 2011 ni Fasha dengan Iqram lak. Nuriz penah baca novel ni tapi ingat2 lupa dah. Lama dah kan.. Dalam novel ada watak June seorang penyanyi rock kelab malam, Iqbal orang kaya yang jatuh cinta dengan June ni. Tak sabar nak tengok Fasha jadi penyanyi, tengok gambar dia  memang ada gaya. Suara sape la agaknya kan yang diguna utk Fasha ni, tak kan suara Fasha lak ..huhu!!

 

fasha dalam dewa cintaku

Nape Fasha tak digandingkan dengan Ady Putra ye dalam cerita ni huhu!! sebab, watak hero mesti muda dari watak heroin.

Sape yang lupa cerita novel Dewa Cintaku ni, meh kita ingat balik sinopsis Dewa Cintaku :

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pulak pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya..huhu!! bercinta bagai nak rak..last last dapat tau kakak kandung le pulak..apa jadi ye ending cerita ni. Nuriz dah tau kesudahan cerita Dewa Cintaku ni (dalam novel le), dlm drama tak tau cemana lagi, sama ke tak dgn novel. Sapa yang tak tau ..cuba teka, sad ending ke happy ending..hehe!! saspen…

 

 

Fasha Sandha dewa cintaku

Pelakon dalam Dewa Cintaku

Iqram Dizzly (Iqbal) Fasha Sandha (June) Hafizudin (Norhan) Aida Khalida (Rohaya) Lana Nordin (Lynn) Bkay Nair ( Selena)

Bkay Nair pelakon baru yang gedik dan mengada -ngada ni pernah berlakon dlm filem Ratu dan dia sanggup tinggalkan bidang guaman sebab nak berlakon punya pasal, nama penuh dia Tryambikay Vendages. Muka dia macam anak mami, ingatkan anak mami. Fasih jugak dia cakap melayu ye.

Bkay Nair

Bkay Nair

Lagu OST Dewa Cintaku

Black Mentor – Aku Rindu Sayang Kamu

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

Ulang Chorus 3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Sinopsis Dewa Cintaku tv3”

  1. apa cerita hot dorang tu??? kekekekeke

  2. liyana says:

    err…black pun ade ke..huu

    nora elena dh nk abis… =.=’

  3. Rasanya si Fasha ni boleh nyanyi gak walau suara tak berapa sedap. Guna suara dia kot.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Sabahan live on a tree

  4. Ismail N says:

    Errkkk jarang tgk TV zaman nie.. Anak2 yg control remote.. He he.. Kawe cuma take over bila ada bola jer di TV LIVE. :D

  5. InfoLepak says:

    harap best cerita nie.. hehe
    InfoLepak recently posted..Kebaikan Malu Yang Anda Perlu Tahu Hot !!!

  6. [...] Peminat drama melayu jangan lupa tunggu DEWA CINTAKU -AKASIA yang baru lepas Nora Elena Exora stylo tuu!! Posted in hiburan, personal Tags: Episod akhir Nora Elena [...]

  7. [...] Lepas Nora Elena habis, ada satu lagi drama baru bertajuk Dewa Cintaku lakonan Fasha(sinopsis) [...]

  8. [...] drama terbaru di Slot Akasia. Drama Dewa Cintaku menggantikan drama Nora Elena yang popular dan Drama Dewa Cintaku ini akan mulai ditayangkan di TV3 pada 20 Jun 2011 (hari ini) pada jam 7 [...]

  9. [...] Drama baru DEWA CINTAKU ganti NORA ELENA [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold