Minyak RON 97 Turun 10 sen tengah Malam ni (mimpi ape?)

Berita menggembirakan ni, minyak ron 97 nak turun M 10 sen tengah malam ni, mimpi ape ye ahaha!! ke sebab pilihanraya dah nak dekat ni..nak bagi le hadiah sikit kot.

Tak tau le demam apa , mungkin demam Anonymous hacker nak godam web gomen ..eh!! tetiba..takdak kaitan tu kisah lain , ni kisah lain..mana buleh sangkut paut hehe!!

Harga barang nak turun jugak ke pasni?

Berita dari themalaysian insider:

Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Minyak RON 97 Turun 10 sen tengah Malam ni (mimpi ape?)”

  1. akubiomed says:

    Laman kerajaan kebanyakkan telah dibangunkan dan diselenggarakan oleh pihak ke-3. Ada agensi kerajaan membelanjakan 1.8 juta dengan memberi kontrak kepada kontraktor untuk selenggara akaun Facebook agensi mereka
    akubiomed recently posted..Teknik foto Selective Colour dengan Picnik

  2. zik says:

    yeay turun..tapi ron 97… tak guna pun… biasa memang pakai ron 95 jer..
    zik recently posted..Ron 97 turun seposen- berkuatkuasa 16 June 2011!!

  3. titan says:

    takkan sebab kes hacker tu, baru nak turunkan harga minyak kot..
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat duit dengan Clicksor

  4. APAN says:

    haha…kejap je ni.menyampah bila baca bab minyak ni.x abis2 dok sebut subsidi2…tah ade ke tak la tu.karot…
    APAN recently posted..Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka

  5. KBLOG says:

    harga minyak ron97 diturunkan lewat. sepatutnya diturunkan pada awal bulan june, tapi mereka curi 15 hari… lihat berapa banyak mereka untung 10sen bagi setiap liter dalam tempoh 15 hari. penyelarasan harga patut diawal bulan, sebab delivery futures crude oil dibuat awal bulan. nampak tidak telus.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold