Manisnya Kurma ini – apa kata Ustazah Nor Bahyah

Sepah jadi juara Maharaja Lawak dan paling terkesan sekali sekarang ialah lawak Manisnya Kurma ini, bila Sepah buat lawak tiru gaya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan suaminya dalam rancangan Semanis Kurma. Ada orang kata Sepah ejek Ustazah ni macam ejek agama pulak, mempersendakan agama. Tapi tengok masa lawak takda pulak Sepah ni duk buat ejek ayat2 quran. Lawak biasa je ajukan memek muka je yang Sepah buat tak sampai melarat2 ayat2 quran. Johan pun pernah tiru gaya Fazilah Kamsah cakap dengan watak Fazilah Kamtumi, takda sapa pulak kisah pasal tu.

Ustazah Nor Bahyah pun ok je, tak da dia marah marah orang buat lawak pasal rancangan Semanis Kurma tukar jadi Manisnya Kurma ini. Ustazah siap puji Sepah ni sebab tu tandanya kumpulan Sepah lawak ni pun tengok rancangan Semanis Kurma, tiru untuk kebaikan takpa. Ambik yang positif takpa. Kira gandingan Ustaz dan Ustazah dalam Semanis Kurma ni dah terkesan dan ada peminat tersendiri.

Manisnya Kurma ini...

Tengok komen Ustazah Nor Bahyah di Facebook pasal lawak Sepah Manisnya Kurma ini…
Video Sepah Manisnya Kurma ini

Komen Ustazah Nor Bahyah

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

26 Responses to “Manisnya Kurma ini – apa kata Ustazah Nor Bahyah”

  1. INA says:

    Haha sepah memang terbaik!

  2. yas says:

    Baru td dpt tgk sepah….mmg derang layak gak la tuk menang…tp den raso yg plg untung si Nabil tu…pulun sensorang jerrr…hehehe

  3. salam…copy dan backlink….:)

  4. cik aish says:

    kadang kadang orang kita ni nak melatah tak ada sebab…tak salahnya sepah buat camtu..huh..emo lak tibe2 bila tau orang2 ni marah kan sepah tu..rasional la sikit dorang ni..

  5. cool je ustazah nor bahyah. memandang dari sudut positif. mmg cun sangat, salah satu pemikiran yang perlu ada untuk seorang yang berdakwah. tabik lah kat ustazah nor bahyah.

    lawak sepah bukan lawak kosong. terbaekk punya.. dafi. hahaha..

  6. titan says:

    kalau aku, memang aku marah punya.Haha..
    titan recently posted..Lu Jangan Kerek Sama Gua!

  7. haha kepada yg tak tau pun mesti teringin nak tau rancangan asal, so secara tak langsung sepah promosikan rancangan yg bermanfaat

  8. razis says:

    sepah mmg terbaiklah…

  9. wadud says:

    wah open minded.. :)
    respek la..

  10. suka dengan sikap ustazah tu :)

  11. mario says:

    ekeke…muka jepp tak bole blah kan…wakaka
    sib baik ustazah ok ek…

  12. Zida says:

    Memula pun Zida takleh terima doh, ibarat dorang ni memperlekehkan agama plak. Tapi bila dah tengok, heheh comel gak. Jep la, hahahaha :P

    ps.rasa lepas ni memang ramai la yang tengok semanis kurma, ntah2 dorang plak jadi artis jemputan kang. miahahaah

  13. cik bucken says:

    SEPAH wat free publisiti utk SEMANIS KURMA! hoooyeehh!

  14. APAN says:

    erm…tuan badan x kesah pun sepah tiru gaya dia.jdi orang lain x boleh la terlalu mempertikaikan mende ni…

    tpi pertikaian tu perlu diambil berat gak.mende ni akan dijadikan ikutan.sape lak la kena lepas ni.peserta lain pun mungkin amek idea ni nanti utk siaran akan dtang.pe yg jelas…dorang lebih kepada hiburan drpd berdakwah…tah la…
    huhu…
    APAN recently posted..Alina Popa, Perempuan Badang

  15. akubiomed says:

    Tidak perlu melatah. Ada pesanan sebalik lawak kumpulan Sepah
    akubiomed recently posted..Sepah Juara Maharaja Lawak Akhir

  16. zik says:

    ustazah nie ok jer kan… aku pernah jumpa live masa dia datang ceramah dekat u aku dulu…dululah masa student.. ada jual buku jugak tuh..tapi tak tergerak hati nak beli…huhu
    zik recently posted..Mereka yang sempoi June, 2011(tip blogging terbaik)

  17. bad says:

    lepas tgk sepah tiru ustazah ni…terus je aku jd minat kt ustazah nur bahyah ni…hari2 dgr ceramah ustazah nur bahyah…tima kasih sepah..haha..

  18. hud aikara says:

    saya rasa org yg kata sepah melampau atau persendakan agama masa tiru ustazah memanglah terover sensitif. sebab saya tak nampak mana yg menghinanya. malah org yg bersorak tu pun rasa lucu bukan sbb sepah hina ustazah tapi sbb sepah berjaya bawa watak popular tersebut. malah lepas tu ramai pulak yg cari rancangan ustazah Bahyah.ada masanya kita kena buka fikiran kita kepada hal yang positif. Sebab bila Jozan bawa watak Fazilah Kamsah takde org pun pertikai. tahukah anda Fazilah Kamsah juga sering bercakap hal agama di radio dan TV. Lebih kurang sama dengan Ustazah Bahyah.

    yang ikhlas,
    peminat Sepah,Jozan,Jambu dan Nabil.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold