Biodata Siti Saleha / Nora Elena

Siti Saleha adalah pelakon utama yang semakin popular dengan drama Nora Elena ni baru berusia 20 tahun, dia jugak merupakan adik kepada penyanyi Sam kumpulan Bunkface. Meh kita tengok profil / biodata Siti Saleha ni

siti saleha

GAMBAR HOT DAN SEKSI SITI SALEHA BERSOSIAL fuyooo!!

Biodata Siti Saleha pelakon Nora Elena

Nama penuh: Siti Saleha Mohd Baharum
# Panggilan: Siti Saleha atau Saleha
# Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
# Umur: 20
# Tinggi: 165 sentimeter
# Berat: 50 kilogram
# Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim, Nora Elena tv3

2.
# Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).
# Teater: Stage Therapy (2009)
# Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).

Cerita pasal Siti Saleha

Babak TAK MENJADI NORA ELENA (ekslusif) dan gambar cute UNCUT Nora Elena

Siti Saleha ialah  berdarah campuran Melayu/British , dia kini nekad untuk menumpukan secara serius profesion lakonan yang diceburinya berlandaskan bakat yang ada.

“Sejak kecil saya meminati bidang seni, namun tidak mampu untuk menumpukan secara serius kerana masih belajar. Adakalanya tawaran diterima untuk menjadi model dalam beberapa produk televisyen, itupun secara sampingan.

“Bagi saya menceburi industri seni ini adalah satu bidang yang sangat mencabar. Kekuatan mental dan fizikal harus kuat dan sebab itu saya mahu betul-betul bersedia sebelum berani menceburi bidang ini secara serius.

“Sejak tiga tahun yang lalu, saya mula mengambilnya secara serius dengan mendekatkan diri dalam bidang ini dan sepanjang itu persediaan dilakukan dengan mengambil inisiatif sendiri mengikuti mana-mana kelas lakonan sekitar ibu negara,” katanya yang sering mengikuti kelas lakonan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac).
Bermula dengan membintangi beberapa iklan televisyen menjadi langkah yang bijak bagi Saleha memulakan kariernya. Wajahnya yang kini boleh dilihat menerusi drama bersiri Awan Dania musim kedua yang disiarkan Astro Ria tidak mahu terlalu terburu-buru menerima watak besar.

“Saya bermula buat pertama kali semasa usia 13 tahun iaitu menerusi iklan Maxis, Pantene, Honey Soft dan banyak lagi. Antara iklan yang masih disiarkan di televisyen seperti Wrigley’s DoubleMint. Manakala drama pertama saya iaitu 5 Jingga (2008), Kasut Tumit Tinggi, Kapten Boleh dan banyak lagi.

“Bagi saya membintangi drama dan iklan adalah sangat berbeza. Drama lebih mencabar dengan permainan emosinya. Pertama kali muncul dalam drama lagi saya sudah diberi cabaran bukan saya wataknya malah harus menyanyi dan menari.

“Sebab itu juga sebelum masuk ke mana-mana lokasi penggambaran drama saya akan mengambil kelas lakonan, dari situ saya belajar untuk menangis dan pelbagai emosi lain.

“Saya sedar dalam dunia hiburan ini banyak cabaran dan saya ingin buktikan bukannya cabaran yang perlu saya fikirkan tetapi menumpukan 100 peratus kepada kerjaya. Selain itu kesungguhan, komitmen, disiplin harus kuat” katanya.
Adik kepada Sam, vokalis kumpulan Bunkface ini juga tidak lupa mempersiapkan diri dengan ilmu akademik bagi bekalan di masa depan.

“Saya kini sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta di sini dalam bidang Komunikasi Media. Di harap dengan ilmu yang ada ini dapat saya mempersiapkan diri.

“Kerjaya dan pendidikan harus selari, apa saja bidang yang kita buat ilmu itu penting. Dengan adanya ilmu orang akan pandang kita lebih tinggi. Tidak kira apa saja yang kita buat setiap hari, itu adalah pembelajaran bagi kita,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Biodata Siti Saleha / Nora Elena”

  1. [...] Dah baca ke: Biodata dan Profil Siti Saleha pelakon Nora Elena ni [...]

  2. [...] Skodeng: Biodata dan Profil penuh Siti Saleha a.k.a Nora Elena [...]

  3. [...] baca ke: Biodata /profil penuh Siti Saleha a.k.a Nora Elena nih Nora mengandung dalam episod [...]

  4. [...] Biodata Siti Saleha (watak Nora Elena [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold