Belanda yang unik dan cantik

Ibu kota Belanda ialah Amsterdam, Belanda jugak disebut Holland. Apa yang unik di Belanda selain bunga tulip, (pengeluar bunga tulip terbesar dunia)? sebut Belanda mungkin kita terbayang gambar kincir angin, dengan gambar wanita Belanda bawa dua buah baldi..hehe tu saya yg bayangkan sebab dulu kan ada tin susu gambar mcm tu le atau mungkin ada yg terbayang warna oren, sebab pasukan bola Belanda pakai jersi warna oren terang terang tu.

Kita belajar geografi sikit la hari ni..ok murid murid hehe!! Kenapa saya tertarik dengan cerita pasal Belanda ni , bukan sebab ada bunga tulip segar je,  saya tertarik bila tengok gambar gambar dan video yang sedara saya kongsikan  selepas dia pulang dari sana.  Sungguh unik. Geram dekat bunga tulip pun ye jugak le..huhu bila le buleh dapat pi sana.

Tanah Belanda di bawah paras laut:

Permukaan tanah di Belanda sangat rata, ada yang sebut rupanya mcam pancake. Paling tinggi pun ialah 321 m  je iaitu di Vaalserberg.  Kawasan tanah di sana ialah di bawah paras laut. Macam mana tu boleh berada di bawah paras laut? Sejauh mana kebenarannya?
Zaman dulu, tanah ditepi laut ditambak dengan bukit bukit pasir untuk menghalang air laut , jadi  tanah darat untuk penduduk tinggal berada di bawah sikit dari paras laut tu. Bukit pasir tu dikenali sebagai “Permatang raksasa”. Atas permatang tu diorang tanam pulak banyak pokok pokok besar supaya kukuh.

Sejak zaman dulu kala Belanda dah sedar akan kedudukan tanah yang rata dan hampir dengan laut , maka mereka mengambil cara tu untuk mengatasi banjir.  Kalau dalam wikipedia, 60 % kawasan di sana berada di bawah paras laut.
Tengok gambar le nak bagi paham sikit, gambar bawah tu ialah tunggul atau sempadan antara laut dan tanah darat, yang telah dibina beribu tahun lalu. Sekarang hasilnya macam gambar bawah tu. Tambak ni disebut Dijk/dinding laut. Boleh ke Malaysia buat camtu kalau nak halang banjir?

dijk/ dinding laut

tambak laut

Beribu ribu kincir angin
Kat sana ada banyak kincir angin,  tanah di bawah paras memang sering dilanda banjir le. Jadi nak mengatasi masalah banjir tu, maka dibuat le kincir angin untuk mengalirkan air ke kawasan kawasan lain. Kincir angin jugak macam generator la. Boleh jugak dijadikan tenaga letrik. Jjimat kan.

Boleh le kot2 Malaysia nak try kalau datang musim banjir. Sekarang zaman dah semakin maju maka proses mengawal banjir pun maju kat sana, banyak empangan besar dah dibina di Belanda.

Sungai yang cantik dan bersih.
Belanda jugak banyak sungai sungai yang cantik dan bersih. Paling kurang pencemaran, dan satu budaya yg orang Malaysia kena tiru ialah mereka ni sangat sayangkan sungai, cinta sungai. Orang sana minum air tanpa ada klorin. Pemerintah dan pentadbiran kat sana sangat pentingkan air dan cara proses air minuman dan cara sungai dijaga sebab tu Belanda jugak disebut “kota sungai”.
Sedara saya kata hari dia pi sana ada sambutan Queen’s Day, hari tu semua penduduk akan sambut dengan berpakaian warma oren dan naik bot sambil bersuka ria atas bot. Bot tu lalu perlahan lahan di sepanjang sungai. Macam pesta le. Mereka cuma makan angin dan bersantai santai atas bot menikmati keindahan sungai.

sungai Belanda

Sungai kat sana macam simpang jalan raya, ada macam traffic light pulak, bot ni berhenti sat, bot dari simpang kanan atau kiri nak lalu.  Lepas dah bot di kanan lalu je baru le boleh melintas. Menarik kan.

Ada lagi tarikan di sana?  di samping sungai sungai yang cantik, sana terkenal dengan kasut kayu

kasut kayu

Orang Belanda suka sangat naik basikal. Bukan Jepun je ye. suka naik basikal.
Sangat bersih dan nyaman kat sana, sebab semua suka naik basikal, kurang pencemaran. Suhu sejuk sederhna memang seronok naik basikal

Basikal di Belanda

kan..kalau panas lit lit naik basikal jenuh le tambah tambah musim kemarau..tak sanggup le.

Keindahan bunga tulip yang segar
Sebagai salah sebuah negara 4 musim , suhu dingin dan panas di Belanda adalah sederhana je, jadi bunga tulip dapat hidup segar.  Nak tengok lagi gambar bunga tulip yg dikirim sedara saya?

Tulip segar

Ni bukan unik je, pelik pun ada..tandas lelaki huhu!! (sedara saya kata, tandas ni kalau malam2 ada orang mabuk nak elak depa kencing merata..kencing le situ..

tandas pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Belanda yang unik dan cantik”

  1. Antara negara yang saya kepingin kunjungi.
    Apakan daya, isteriku tak boleh ke luar negara. :)
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Sabahan live on a tree

  2. kota sungai tu memang menarik, mesti takde masalah lumba bot haram kan? :)

  3. lovely place and the flowers are simply awesome here, bright,big and colorful. hoping to visit by next year.

  4. titan says:

    basikal kat belanda ni..memang pelik-pelik rupanya..
    titan recently posted..The Invigilator

  5. Ismail N says:

    my sister tinggal di sana for 4 years. Mmg cantek ehhh dan bersih. Cuma agak strict sikit la dan susah utk org Asia. Rugi kawe tak pi sana masa my famiy pergi lawat my sis. Then again, tak sanggup lak nak tinggalkan anak-anak di rumah sambil seronok sendiri2. Nak bawak semua, kosnya tak tahan lak.. 5 org anak ehhh… :D

  6. muse says:

    memang gua dah lama teringin nak pergi amsterdam tapi masih belum kesampaian

  7. Ali ridha says:

    kita pun kena ikut sunnah juga.
    jaga alam sekiran supaya cantik.

  8. APAN says:

    boleh ditambah dlm kalender bulan madu nanti la kot.huhu…
    APAN recently posted..Bukan Kerana Rambut Panjang

  9. yas says:

    Kira bahaya gak tu kann…harap pada tambak jerr…nasib bek Belanda bukan pusat gempa mcm kt jepun tu..
    Tapi tang tandas open yg tak tahan tuu…mmg sempoi arrr…hehehe
    yas recently posted..Video azan didalam gereja

  10. nescafeais says:

    nice…bila la dapat g sane

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold