Belajar Photoshop – Tampalan Kolaj Mudah

Lama dah tak buat tutorial photoshop. Hari ni nak buat sikit tutorial pasal tampalan kolaj dengan photoshop, mudah je. Kolaj tu ialah tampalan secara kreatif gambar gambar. Kat sekolah dulu ada kan belaja buat kolaj ni. Kali ni kita buat dengan photoshop. Ada orang tanya kat saya dalam ruang komen,  macam mana nak edit gambar? soalan tu terlalu umum, nak edit gambar yang macam mana tu ye? nak cerahkan ke, nak kecilkan ke, nak tampal ke?  Kalau nak buat tampalan cam gambar di bawah meh kita belajar..

Eh cam kenal je gambar ni haha!! Nora Elena le pulak..

Pertama sekali pilih la gambar apa korang nak, gmbar masa raya ke, gambar dengan keluarga ke, gambar awek ke pakwe ke..apa2 je le

Nak buat background dengan gambar. Contoh gambar Nora Elena ni le ye, saya pilih background langit biru.

Lepas tu saya tampalkan gambar Nora Elena, untuk layer 1, dan gambar hero untuk layer kedua. Layer 3 saya gabungkan gambar bunga.

1. Cara nak ambil gambar / imej untuk tampalan:

Saya guna Elliptical Marquee Tool dengan feather 100 px untuk pilih imej,  boleh tengok imej bawah ni:

Guna Polygonal Lasso tool – saya gunakan untuk ambil bunga, ( ini salah satu cara nak ambil imej/ boleh guna cara lain seperti elliptical marquee tool.

Bila  dah pilih, Copy dengan CTRL + C dan paste CTRL + V  di  background  gambar.

pilih imej

Ok dah habis cara nak pilih dan tampal gambar.

2. Cara nak ubah saiz dan kedudukan imej atau gambar:

Pada layer gambar yang nak diedit, guna Ctrl +T  = Transform untuk ubah  kedudukan imej/ gambar  dan ubah saiz gambar.

Cara nak adjust , kecil / besarkan size imej dgn ctrl T

3. Cara nak mencerah atau menggelapkan gambar/ imej.

Guna CTRL M .  Pilih layer imej yang nak diedit, pilih kawasan nak dicerahkan atau digelapkan.

Gguna ellipical murquee tool, tandakan kawasan tu, dan baru le tekan CTRL +M dan  adjust atau tarik graf hingga dapat tone warna yang kita nak. Cara ni boleh digunakan bagi keseluruhan gambar atau sudut sudut tertentu.

Contoh saya tandakan kawasan langit tu, dan adjust graf, boleh tengok warna tone imej berubah berubah ikut gerakan graf atas dan bawah. Guna kreativiti sendiri ye.

Guna ctrl M untuk cerah dan gelapkan tone imej

Kalau nak  edit kecerahan seluruh kawasan, tekan  CTRL + A ( pilih semua kawasan imej) dan CTRL + M , lepas tu adjust graf. Mudah  je kan.

Semua teknik mudah atas tu ialah asas  je dalam photoshop. Boleh guna teknik lain untuk cantikkan lagi gambar dengan menggunakan eraser tool untuk padam dan warnakan gambar dan menggunakan brush.

Tutorial lain :

Buat makeover cantikkan wajah

Buat tulisan dengan background

Buat wajah tua

Cara letak watermark atas gambar

Cara buat watermark stamp

Cara nak Install font photoshop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Belajar Photoshop – Tampalan Kolaj Mudah”

  1. Ingatkan Nuriz nak buat wallpaper Nora Elena… :)
    OK tu kalau buat wallpaper free, ramai yang cari.

  2. abrablog says:

    photoshop ni mudah aje kalau kita tahu caranya..
    abrablog recently posted..Asmidar Storms into Fly FM, Hot FM, One FM

  3. Photoshop penting ehhh… buat cantikkan gambo… Tanpanya gambo bagaikan irama tanpa lagu.. :wink:

  4. wadud says:

    wow hebat wat PS.. :)

  5. zik says:

    terima kasih tips tampalan yang sangat mudah sebenarnya , nak tanya pakai cs3 ker????
    zik recently posted..Tip blogging terbaik, macam mana ek?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold