Anonymous Nak Godam Laman Web Kerajaan Malaysia

Kenapa ye Anonymous nak godam laman web kerajaan Malaysia? Kumpulan yang menamakan diri mereka Anonymous ni telah menghantar mesej dalam bentuk grafik, menyatakan akan mengodam  web kerajaan Malaysia pada awal pagi Khamis jam 3.30 pg iaitu waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok). Sekarang kerajaan Malaysia sedang bersiap sedia untuk menghadapi ancaman tersebut.

ananymous nak godam malaysia

Malaysia dikatakan mengenakan pelbagai akta-akta penapisan dan dakwaan terbaru kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail, seperti Pirate Bay (senarai 10 web yg kena sekat kat bawah) dan ini adalah satu perlanggaran hak asasi manusia. Pirate bay banyak software dan filem2 fee. Maklumlah sekarang kan tengah harga barang naik, orang pun nak jimat, depa cari le yang free.

Kumpulan ni jugak kabarnya rnah membuat beberapa siri serangan kepada beberapa negara yang dipercayai tidak mengamalkan kebebasan internet seperti Kerajaan Turki.Sejauh mana kebenaran, tak pulak pasti.

Laporan Reuters juga berkata, Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.

Menurut Reuters lagi, dalam satu lagi makluman disiarkan di laman pastebin.com, Anonymous berkata tindakan Malaysia menapis program televisyen dan filem dan menghalang laman-laman perkongsian fail menyebabkan pihaknya mengambil tindakan mahu menggodam laman web  http:www.malaysia.gov.my.

“Internet adalah untuk kebebasan, tanpa rasa takut dengan campur tangan kerajaan,” kata kumpulan itu.

“Kami bimbang bahawa jika anda membuat keputusan susulan untuk membuang kebebasan awam. Kami bertanggungjawab untuk bertindak pantas dan tiada belas kasihan,” katanya.

Pada 2009, Malaysia bercadang untuk mengadakan sistem tapisan Internet, yang mirip projek Green Dam yang diperkenalkan oleh China.

Bagaimanapun seperti juga di China, Malaysia berundur daripada melaksanakannya ekoran kritikan banyak pihak.

Sumber The Malaysia Insider

Kena sekali sekala, masa pru 13 dulu pun banyak laman web anti kerajaan kena sekat kan..

Senarai 10 laman web yg disekat :

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

p/s : Lagi satu tadi Nuriz dengar kat radio sinar, jiwang.org pun dan nak kena sekat sebab banyak orang buleh muat turuk lagu secara percuma..haha!! nasib nasib.. pasni payah le nak download lagu ek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Anonymous Nak Godam Laman Web Kerajaan Malaysia”

  1. menyekat laman web seolah2 menyekat perkembangan teknologi ICT dan kreativiti anak2 muda kita
    ekspresiruang recently posted..15 Sebab Kenapa Anda Perlu Bekerja Dengan NOKIA Di Lembah Silikon

  2. BroZooL says:

    jangan sekat blog kita dah le…huhu

  3. wadud says:

    salam nuriz.. lame xkesini.. lupe lak yang dah tukar URL.com hehehe..

    kadang pikir ok jugak mamt2 hacker neh.. tapi kadang hampeh jugak pada yang hampeh sebab drang buat suatu yang tak sepatutnyer.. tapi kalau masalah ni, gane ea.. nak setuju xbagos gak, tak setuju bagos gak.. masalah kerajaan la yang tak paham rakyat.. gile betol..

  4. betul2 ler hackers ni tak de sivik…
    buat menyusahkan jer..

  5. titan says:

    emm..jangan kacau mediafire sudahla..banyak file aku dalam tu..
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat duit dengan Clicksor

  6. [...] Godam Laman Web Malaysia dah bermula June 16th, 2011 nurizspace ShareBerita pasal kumpulan penggodam dari luar negara nak godam web Malaysia dah kita tau, tapi penggodam dari Malaysia rupanya dah bermula awa awal [...]

  7. dhud says:

    nk sekat pon agak agak la, aku dah la bayak pakai uploader website klo nk send file assigment dan ada saimen yg member aku hantar kat dlm site tu now dah x leh masuk….

    cilak n bongok tol main blok aja

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold