Video Sekitar Tanah Runtuh di Hulu Langat

Ini ada beerapa video yang telah diupload di you tube sekitar berita tentang kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 25 orang penghuni rumah anak yatim di batu 14 Hulu Langat tertimbus. Dalam kejadian pada 21hb Mei tempoh hari, seramai 16 nyawa telah terkorban.

Dua daripada sembilan yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat terpaksa dipotong kaki untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Kaki kiri Zulhairi Aminuddin, 13, dipotong di lokasi kejadian, malam kelmarin, oleh pasukan perubatan akibat hancur selepas tersepit dalam runtuhan itu.

Berita lanjut dan video :

Mohd Erwan Zakaria, 33, kakitangan madrasah itu pula terpaksa dipotong kaki kanannya menerusi pembedahan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, lewat malam kelmarin, akibat kecederaan parah pada kakinya. Kedua-dua mereka masih dirawat di ICU hospital itu bersama seorang lagi mangsa yang identitinya tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang melawat semua mangsa terbabit, pagi semalam, mengesahkan dua mangsa terpaksa dipotong kaki, manakala seorang lagi cedera parah di kepala.

Kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa dan anggota keluarga mereka yang terbabit di Azwen Resort, Hulu Langat.

GAMBAR dan Berita tentang tanah runtuh di Semungkis Hulu Langat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Video Sekitar Tanah Runtuh di Hulu Langat”

  1. [...] VIDEO SEKITAR KEJADIAN TANAH RUNTUH DI ULU LANGAT Posted in Berita Tags: Berita Terkini Rumah Anak Yatim tertimbus di Ulu Langat, FELCRA Semungkis sebentar tadi. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, Gambar Tragedi Rumah anak yatim tertimbus Ulu langat, Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Mangsa tragedi tanah runtuh Ulu langat, Tanah runtuh di Ulu langat, Terkini jumlah mangsa anak yatim tanah runtuh Ulu langat, Tragedi Rumah Anak Yatim Tertimbus di Ulu Langat, Tragedi tanah runtuh Hulu Langat selangor 2011, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah An « Oh terlupa! Hari ni hari tanpa beg plastik. Tip Letak Iklan Churp Churp di Blog » You can leave a response, or trackback from your own site. nuffnang_bid = "7c71f760fa6755449fdbdc63c8aaf65a"; [...]

  2. MDHAFiZ.NET says:

    takziah buat saudara2 disana

  3. muse says:

    al-fatihah utk mereka….

  4. akubiomed says:

    Saya dapat memahami apabila kehilangan yang tersayang. Moga-moga roh mangsa ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
    akubiomed recently posted..Masih adakah hari esok untuk aku

  5. SyafzMagz says:

    syahdunya tengok video ni..tak dapat nak bayangkan kalau ada kat situ

    semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman…
    SyafzMagz recently posted..Cara Backup Post Blogspot

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold