Video Puduraya Bocor Macam Air Terjun

Puduraya yang siap dibina sungguh cantik dan nampak bertaraf 5 bintang dengan kos RM 50 juta lebih, memang lawa le kalau tengok, semua orang puji nampak macam KLIA. Bersinar sinar dan sistem kaunter yang sistematik. Pudu raya mula beroperasi pada 16hb April lalu, nampaknya tak sampai sebulan le. Malangnya ada pulak berita pasal puduraya bocor. Bocor kat bahagian mana tu? Bumbung kot.

Cer tengok video you tube ni, air melimpah limpah le turun. Macam mana tu ye, kos dah habis berjuta juta tapi boleh bocor..kuang..kuang..kuang!! pihak yang bertanggungjawab kena terangkan le ni apa pasal. Bahan tak berkualiti ke?

Belum pun cukup setahun ke 2 tahun ke dah bocor..ting tong…ting..tong…pengumuman bumbung pudu raya bocor, hujan lebat!

Dengar orang tanya dalam video tu..macam mana boleh bocor ni?

Video you tube pudu raya bocor


credit to user Amenoworld

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Video Puduraya Bocor Macam Air Terjun”

  1. cutie intan says:

    pihak yang berwajib tu memang menjawab laa pas ni

  2. missSenget says:

    perkara biasa kt malaysia..

    tak terkejut pun…

    hahhaa..

  3. macamnilah says:

    ermm nak salahkan sape yer ?

  4. saya_aRief says:

    jadik pusat rekreasi.

  5. yas says:

    Hehehe…dh agak dah jugak…ade je yg x kene pas siap building baru ni siap…x kan kontraktor tu x pasan sblm penyerahan bangunan…
    Menarik gak isu ni….kalau rajin nanti yas nk share entri laaa…
    yas recently posted..Mee Maggi Cepat dimasak sedap dimakan

  6. decrewz says:

    Ais.. Kenepalah boleh jadi camtu.. Membazir je..
    decrewz recently posted..Hinakah Kerja Tepi Jalan Kerja Pertama Dalam Hidup

  7. SyafzMagz says:

    uish! air free. Sape2 boleh mandi kalau terasa panas badan ya

  8. Ayie says:

    Bangunan tak sampai usia setahun, selangi belum handover selagi tu la bangunan tuh dibawah tanggungjawab kontraktor.. bila ada masalah, kompom kontraktor kene tanggung kos baik pulih.. Itu undang undang pembinaan.. Padan muka kontraktor tuh.. hahahaha

  9. APAN says:

    haha…baru tau ni…ade masuk berita x ni?
    x abis2 bocor…
    soh rakyat jimat air…
    mereka2 xpe lak memancut mancut gitu…
    haha…
    APAN recently posted..Baju Hujan GIVI

  10. pneumedic says:

    dr jangka mase banggunan ni siap pun da bleh agk mesti akn de masalah..cepat sungguh siap..tgk..kn dah ade maslh..lgipun berite mcm nk nk kua tv mmg lmbt le…klu kua kt amneoworld tu mmg xeran..huhu…

  11. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum…

    Perhh… punyalah lama sy tak pergi ke sana. Sekali tengok dah macam lobi hotel…. Agaknya adalah dalam lebih 6 tahun tak jejak ke Pudu Raya.

    Besar kemungkinan berlakunya ketirisan dalam ketelusan pemberian kontrak baikpulih bangunan itu. Ataupun telah menjadi kebiasaan budaya di negara ini, para kontraktor terpaksa memberi duit underground utk membida projek.

    Dengan kos “duit kopi”, kos kerja2 pembinaan serta kos bahan binaan yg meningkat, menyebabkan keuntungan makin menipis, lantas sbg langkah mengurang / mengelakkan rugi dan still ada untung, kualiti kerja dan bahan yg digunakan akan dikurangkan.

    **Segalanya mungkin sahaja, ini cuma pandangan peribadi mengikut kes2 terdahulu… Bak kata pepatah org bandar: “Sedangkan parlimen boleh kebocoran, inikan pula pudu raya…”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold