Trailer dan Sinopsis Kitab Cinta Tv Al Hijrah

Drama Kitab Cinta lakonan Nur Fazura ni rupanya akan ditayangkan di tv Al Hijrah pada 2hb Jun jam 8.30 malam. Drama arahan Erma Fatima ni adaptasi dari sebuah novel Kitab Cinta tulisan Taufiqrahman. Anda boleh tengok   rancangan di tv Al Hijrah (Astro saluran 114 or 994) Nuriz try 114 tak dapat le, 994 dapat pulak . Nur Fazura pun berlakon dengan watak bertudung sungguh manis dan ayu.

Fazura dalam Kitab Cinta

Kitab Cinta banyak buat pengambaran di Acheh, suasana kampung yang damai dan tenang sangat cantik, anda boleh saksikan dalam promo drama baru Erma ni.

Gosip Aiman Mentor5  pun berlakon dalam Kitab Cinta ni, tapi tak tau dia pegang watak apa, yang pasti bukan hero, sebab tengok dalam promo, Nur Fazura berlakon macam dgn pelakon dari seberang je. Hensem jugak le pelakon lelaki ni..hahaha!! Pelakon dalam Kitab Cinta ni ialah Hardy Hartono Danurussami sebagai Wali, Fazura sebagai Mustika, Feri Agus Suriandi sbg Irfan

Dah tengok gambar hot Hardy Hartono!?

Hardy Hartono dan Nur Fazura

Nur Fazura dalam Kitab Cinta

Hardy Hartono dalam Kitab Cinta

 

Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqrahman

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.

Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Trailer dan Sinopsis Kitab Cinta Tv Al Hijrah”

  1. TV Al Hijrah sudah masuk dalam senarai Astro… Boleh tonton di 114 bermula hari ini.

  2. nurizspace says:

    channel astro 994 Tv al hijrah

  3. fiezaradzi says:

    dah tgk citer ni kt al hijrah, saluran 114
    fiezaradzi recently posted..Terpanas di Pasaran

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold