Tragedi Rumah Anak Yatim Tertimbus di Ulu Langat

Berita yang amat sedih dan memilukan, tragedi rumah anak yatim tertimbus di Ulu Langat, terbaca tadi di Berita Harian. Kejadian tanah runtuh ni berlaku petang tadi, kira kira jam 2.30 petang. Seramai 25 orang penghuni sedang bersiap siap untuk menerima  ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.

Ketika kejadian, 25 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki. 

Seramai 16 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-anak Yatim Ai-Taqwa, Hulu Langat, Selangor. Sila lihat senarai nama di bawah:

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Berita dari Selangor Kini:

Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Gambar tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Ulu Langat

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim ulu langat

Mangsa sedang dikeluarkan

Senarai 25  nama anak yatim mangsa tragedi tanah runtuh:

1) Azrel, 8,

2) Nael, 8,

3.Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8 Angah *
9) Rahimi *

10. Zaid Ashwal, 18,

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8  Din, 30,
9) Syafiz, 22,

Enam yang masih tertimbus ialah:

1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,

* umur tidak diketahui

VIDEO SEKITAR KEJADIAN TANAH RUNTUH DI ULU LANGAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Tragedi Rumah Anak Yatim Tertimbus di Ulu Langat”

  1. jijah fizah says:

    mintak kongsi gambar ye… tq

  2. Ya Allah selamatkan lah mereka yang lain..

  3. dressarchelie says:

    Ya Allah, selamatkan lah mereka yang lain.. al-Fatihah kepada yang telah pergi.. Kepada petugas Bomba, JPAM, pihak hospital dan lain2 agensi, teruskan lah membantu..

  4. yas says:

    Sesungguhnya kejadian ajal dan maut takkan sama sekali kita akan duga bagaimana,bila dan masanya..
    semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka2 yg terkorban dlm kejadian tersebut.
    yas recently posted..Cara buat pages kat bawah header Blogspot

  5. MDHAFiZ.NET says:

    setiap perkara berlaku itu ada hikmahnya..ingatlah sebelum kena..sungguh kerosakan di dunia ini berpunca dr tangan manusia itu sendiri..
    Al-Fatihah buat mereka..salam takziah buat waris mereka

  6. Al-Fatihah…
    lokasi dekat sangat dengan bukit tu yang bahaya kan.. Allah lebih menyayangi mereka… semoga ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal salih, amin..

  7. cikida says:

    sedih tgok mereka..selamatkanlah mereka..emm ajal maut di tgn Tuhan..

  8. [...] GAMBAR dan Berita tentang tanah runtuh di Semungkis Hulu Langat [...]

  9. hikmah says:

    Hikmah di sebalik kejadian….sebelum ini tak siapa tahu adanya rumah anak yatim di batu 14, hulu langat.Seandainya anak-anak yatim ini membawa tabung untuk meminta derma, mungkin dermanya hanya RM1 hingga ke RM10 tetapi selepas kejadian ini semua masyarakat mula buka mata, prihatin akan nasib yang menimpa. Tak sampai seminggu jumlah derma hingga mencecah puluhan ribu atau ratusdan ribu yang tak pernah di impikan oleh penghuni rumah ini. Pemergian anak-anak ini satu rahmat bagi menyedarkan kita yang berada. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Al-Fatihah…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold