TipTip Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Apabila usia dah semakin meningkat kulit pun dah semakin kurang kolagen, makin risau kan wajah dah tak nampak muda. Memang usia tua tak boleh nak elak atau nak lari, tapi kita boleh cuba atasi supaya wajah tu lambat nampak tua, pendek kata nampak awet muda le. Sekarang orang suka cakap pasal kolagen untuk awet muda. Orang kadang2 sanggup buat apa saja untuk nampak muda, cucuk botox, cucuk vitamin c, buat bedah plastik, cari produk kecantikan yang ada kolagen, semua sebab nak nampak awet muda dan remaja.

Tak payah le nak cucuk botox atau nak bedah sana sini. Cuba kita amalkan beberapa tip sihat dan mudah ni untuk kulit sihat dan cantik, sekaligus dapat mengembalikan keremajaan kulit..hehe mcm pakar kesihatan lak saya kan. Sekadar nak berkongsi, apa salah kita amalkan gaya hidup dan pemakanan yg sihat.

1.Makan buah buah dan sayur sayuran

Tak perlu habiskan duit nak beli vitamin yang beratus ratus kat farmasi, cuba beli buah buah dan sayur sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mudah je. Buah dan sayuran ni kaya dengan anti oksidan dan serat. Mudah didapati contoh buah betik, mangga, oren. Vitamin C memang penting untuk dapatkan kembali kolagen kulit, baik untuk baiki sel sel kulit dan penyembuhan luka.

sayur sayuran baik untuk kulit

Kulit yang cantik perlu vitamin, jadi apa vitamin yang penting untuk kulit?

Vitamin A – kita boleh dapat dari sumber sayuran seperti bayam, sawi, lobak merah, tomato dll.

Vitamin C- boleh dapat dari sumber betik, belimbing, oren, limau dan sayur sayuran hijau.

Zat Besi – penting untuk kulit jugak, mudah didapati dari sumber hati lembu, ayam, ikan, telur, kekacang  dan makanan laut.

Pendek kata makan le ikut diet sihat dan ikut le piramid makanan. Kurangkan makanan berlemak, lebihkan sayuran dan buah-buahan.

Buah buahan untuk kulit sihat

2. Minum air yang banyak

Orang dewasa normal perlu 8 gelas air sehari. Kalau cuaca panas macam sekarang lebih dari 8 gelas le perlu. Tubuh manusia terdiri daripada 70 % air. Kalau kita kurang minum air sudah tentu lah kulit nampak kering dan kusam.

Minum air banyak

Air penting untuk peredaran darah, melancarkan sistem badan dan sistem pernafasan dan mampu membersihkan sisa toksin dalam badan.

Kesan jika kurang minum air : boleh memberi masalah kepada peredaran darah, boleh sakit kepala/pening, boleh dapat sembelit, bibir kering dan pecah.  So bebanyak le minum air.

3. Tidur yang cukup

Nak dapat kulit canti kena tidur cukup dan berkualiti. Orang kata tidur ni buat badan cepat gemuk atau tak aktif. Maksud tidur yang cukup ni ialah 8 jam sehari. Orang yang selalu berjaga malam ni selalu kurang tidur. Boleh beza orang yang cukup tidur dengankurang tidur. Mata pun lebam, nampak kusam kalau kurang tidur.

Kalau yang tidur cukup, nampak ceria, dan kulit pun sihat. Macam mana tidur boleh dapatkan kulit yang sihat?

-Masa tidur tubuh kita akan memperbaiki sel sel yang mati atau rosak.

- Masa tidur jugak tubuh akan menghasilkan hormon pertumbuhan kulit yang mencegah penuaan.

-Tidur cukup boleh remajakan kulit sebabnya orang tidur cukup akan nampak ceria, dan mata bersinar berbanding orang kurang tidur yang nampak stress dan pening kepala. Bawah mata pun nampak hitam. Jadi tidurlah dengan cukup.

4. Senaman

Bersenam boleh buat orang  nampak awet muda, sebab senaman boleh jadikan kulit nampak sihat dan halus. Bila kita kerap bersenam, kulit berpeluh, peluh tu dapatkan buang sisa toksin dalam badan. Tak perlu le nak tempek kat kaki tu nak buang sisa toksin kononnya.

Dengan senaman jugak mampu memberi peredaran darah dan menyihatkan jantung dan paru paru, pendek kata baik untuk pernafasan. Rajin rajinle bersenam. Memadai le bersenam 15- 20 minit sehari. Paling mudah nak bersenam ialah dengan aktiviti jalan kaki. Window shoping pun jenis senaman jalan kaki gak kot…hehe!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “TipTip Untuk Kulit Sihat dan Cantik”

  1. yas says:

    petua no 1: Okeh,,,selalu makan…
    petua no 2: Okeh gak…selalu minum ayaq putih…
    petua no 3: Yg ni x bape nak ok…layan blog punya pasal la nii…
    petua no 4: Okeh…tak yah senaman..kerja je dh peluh banyak..hehehe

  2. SyafzMagz says:

    tip 1, 2 dan 4 memang kegemaran…no 3 tu susah sikit nak ikut~…
    SyafzMagz recently posted..Perkara Yang Dibuat Blogger Semasa Downtime

  3. macamnilah says:

    saye ske makan tomato,. saya selalu ratah macam tu aje tomato,. tu pasal kulit saye licin,..

  4. Kalamhati says:

    tip yang bagus!
    apa2 pun memang kena ikut tip2 ni kalu nak sihat dan awet muda..hehe

  5. MDHAFiZ.NET says:

    tip yg menarik…jgn lupa jugak byk ambil air sembahyang (wudhu) insyaAllah xde jerawat :) hehehe

  6. akubiomed says:

    Ambil suplemen seperti vitamen E baik untuk awet muda dan jantung. Air wuduk pun memberi wajah yang bersih
    akubiomed recently posted..Bulan April bersama famili

  7. umi qayreena says:

    beshnyer ntri info nikh…tq sharinggg…salam eknal…dan folowww awk…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold