Tip Letak Iklan Churp Churp di Blog

Saya mula sertai Churp churp ni sejak pertengahan bulan lepas, orang lain dah lama join Churp churp ni kan, ada yang sejak tahun lepas lagi. Dulu Churp churp banyak orang share iklan di twitter dan facebook. Sekarang banyak cara nak share iklan lebih dari twitter dan facebook, boleh letak iklan di blog lagi. Bagi yang ada ramai follower dan kenalan di facebook dan twitter memang masyukk kan. Banyak tip boleh kita baca hasil perkongsian serta pengalaman  rakan rakan blogger yang dah pernah share iklan churp churp di twitter dan facebook.


Bagi saya pulak, saya tak ada “kekuatan” dalam nak share iklan dan link link churp churp di twitter dan facebook sebab kurang follower dan tak ‘rajin’ jugak bertwitter…hehe!! Memang dah try buat tapi hasilnya amat menyedihkan. Rasa malas dah nak buat, sebab tengok kat twitter ramai jugak yang kongsi benda yang sama.


Jadi “kekuatan” saya hanyalah pada blog saya ni je, jadi saya gunakan le sebaik mungkin untuk share iklan churp churp. Masa mula mula join churp churp dulu, kira semangat jugak ni, letak le banner comel kecik kecik tu sampai 4 jenis. Haha!! punya le seronok kan. Skodeng skodeng macam mana le blogger lain duk letak iklan kecik cute ni dengan gerak gerak dan macam macam style. Jadi letak le sampai 4 jenis iklan kan.


Selama setengah bulan ni saya duk tengok dan buat kajian sendiri le, trend orang yang suka masuk blog saya dan jugak trend diorang ni klik iklan yang macam mana…akhirnya saya dapat jugak le beberapa jawapan..cewahh!! (saya guna statcounter sekarang versi beta , untuk tahu iklan mana yang kerap di klik. Kat statcounter boleh tau apa yang pengunjung buat, klik apa, klik ke mana, download apa, page view apa..mcm mcm leh tau le)


Pada hari hari tertentu atau minggu tertentu, contoh Hari Ibu, sekarang Hari Bapa, iklan heartbeat sangat kerap jugak di klik. Memang beruntung kan sapa bubuh  iklan heartbeat.   (tip untuk iklan heartbeat lak, tapi tajuk churp churp, maaf lari tajuk)


Hari hari lain tak dapat nak dipastikan, tapi apa yang Nuriz nak share  kat sini, macam mana nak buat pengunjung atau trafik yang sampai ke blog untuk meng”klik” iklan tanpa paksaan..hehe!! tak pandai sangat tapi just nak share.


Letak Iklan churp churp perklik.

Saya lebih suka pilih iklan churp churp yang perklik (setiap unik klik) dan bukannya dapat dari iklan hasil pembelian/ perdeal. Di churp churp ada iklan jenis yang perklik dan jenis  perdeal/setiap pembelian baru kita dapat ganjaran. Bagi saya, agak sukar orang nak beli online untuk barang di iklan tu. Jadi Nuriz suka yang perklik aje.


Buat banner iklan khas untuk churp churp lebih menarik

Churp churp, kita tau iklan yang dibuat untuk kongsi link link di twitter dan jugak di  facebook, jadi banner iklan churp churp ni memang comel tapi bagi Nuriz, bannernya agak kurang menarik sebab churp churp bukan buat iklan untuk menarik orang dengan banner. Jadi  kadang2 orang tak paham pun apa sebenar gambar di banner kecil cute tu. Kemungkinan orang nak klik tu agak payah.


Jadi reka le banner yang menarik dari hasil kreativiti masing masing dengan ayat ayat “power’ kebaboo korang..hehe!! pasti ramai yang tertarik nak tahu apa di dalam iklan tu. Mesti ramai yang lagi handal merekacipta banner dengan lip lap, atau jenis yang gerak gerak.


Letak banner di tempat yang sesuai dan tidak terlalu banyak meletakkan iklan


Dari hasil kajian saya lagi…haha!! kajian lagi…dari 4 iklan churp churp yang pernah saya letak kat side bar tu hanya 2 je iklan yang kerap di klik. Kenapa 2 yang kerap di klik?? 


a. sebab gambar yang menarik dan unik

b. sebab ada gambar muka artis..hahaha!!

c. ayat tagline yang “mengancam“.


tu antara teknik yang pernah saya gunakan dulu, Lisa Surihani sebagai model..wallahh!! laku beb!! patut ramai pengiklan suka ambil model2 artis terkenal sebagai model iklan kan.


Terlalu banyak letak iklan pun, nanti orang tak suka pulak, dan orang tak tau nak klik iklan yang mana satu..huhu!! Saya pilih meletakkan iklan di header dengan heartbeat dan kadang kadang kalau nuffnang di header tu tidur, baru le saya letak iklan lain. Kalau letak banyak2 nanti semak pulak kan.


So itu saja saya nak kongsi pasal tip tip letak iklan churp churp di blog. Sebenarnya untuk semua jenis iklan le kan..haha!!


Selamat mencuba. Kalau sesapa ada tip lain boleh le kongsi sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Tip Letak Iklan Churp Churp di Blog”

  1. Zyash says:

    Thankz for sharing….

  2. APAN says:

    kurang follower? ramai pe follower blog ni. molek sngat la nak buat. huhu…
    kaya la pasni… :)
    APAN recently posted..Lapangan Terbang Paling Berbahaya

  3. akubiomed says:

    Terima kasih berkongsi tip bukan mudah blogger hendak berkongsi ilmu ini. Moga Nuriz mendapat limpahan rezeki dari Churp Churp

  4. SyafzMagz says:

    dulu pernah kempen2 churp2 nu kat kawan2 ni tapi sekarang malas pulak…tapi churp-churp memang cepat masyukk!

    cepat masuk dan cepat jugak duit keluar… :D

  5. oh nuriz…memang iklan kat header tu kadang kadang tidur ye? patutlah. byk lagi saya nak belajar ni. Saya inagt nk letak kat bawah header tapi asyik tak jadi je. Tolong plz…

    Dara takde, Maruah ade

  6. lagi satu macamne nk buang Poll kat bwk iklan nuffnang yg kat side bar tu ye?

    Dara takde, Maruah ade

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold