Sinopsis Pengantin Remaja sinetron di Astro Ria

Ada sinetron baru di Astro Ria bertajuk Pengantin Remaja, akan bermula pada 23hb Mei ni jam 2.30 petang. Cerita ni sesuai le buat para remaja remaja, hero dan heroin dia leh tahan comel dan hensem gak. Rasanya bukan remaja je suka, mak mak remaja pun suka hehe!! Sinetron Pengantin Remaja ni lakonan Alyssa Soebandono sbg watak Amelda Dianti, hero dia Christian Sugiono sbg Fabian. Drama ni ialah drama romantik komedi, so mesti ada banyak adegan adegan yang lawak dan gila gila dalam alam remaja le kan..

 

Sinopsis Pengantin Remaja (dalam BM)


Pengantin Remaja kisah menegenai Amelda yang telah dijodohkan oleh datuknya sejak kecil lagi, kerana datuk kedua deua belah pihak ni bersahabat baik. Amelda ialah pelajar SMU yang popular dan menjadi ketua di kalangan kawan2nya. Semasa  berumur 17 tahun, Amelda nak sangat berjumpa dengan tunang dia tu. Secara tak sengaja dia telah berjumpa dengan Fabian di sekolah tu. Amelda telah ditangkap kerana dituduh merokok di sekolah. Fabian jadi cikgu di sekolah tu. Watak Fabian ni digambarkan seorang yang pendiam kaku dan tak pandai berbual dengan perempuan. Manakala watak Amelda pulak seorang remaja yang gila gila, suka buat hal di sekolah dan nakal. Walaupun berbeza perangai dan tingkahlaku tapi kedua-dua telah jatuh cinta dalam diam diam.

Mereka terpaksa menyembunyikan hubungan cinta dari pengetahuan guru guru dan pelajar di sekolah tu, setelah lama bercinta, baru la Amel sedar yang Fabian ni baik hati dan romantik, dan Amel nak berkahwin dengan Fabian cepat cepat. Cerita mesti ada konflik kan..Fabian tak berapa setuju sebab dia nak lanjutkan kerjaya dia dulu, jadi dia nak tangguhkan dulu perkahwinan mereka.

Dalam pada Amel cuba memujuk Fabian berkahwin, muncul pulak le kakak Fabian yang baru balik dari Australia yang tak suka kan Amel yang dianggap sebagai budak manja. Jadi kakak Fabian ni nak jodohkan dengan perempuan lain. Apa kah kesudahan cerita Pengantin Remaja ni. Tunggu episod akhir Pengantin Remaja ye..

Macam mana tu ye, dua orang yang berperangai berbeza boleh jatuh cinta? tunggu Pengantin Remaja di Astro ria jam 2.30 ptg , 9 episod, pada 23hb Mei ni…jeng jeng jeng..

Alyssa Soebandono

Heroin ni muka macam Dian Sastrowardoyo le

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Sinopsis Pengantin Remaja sinetron di Astro Ria”

  1. sarahnajwan says:

    aloh la..ni da sekali time tgk marshanda nih..hehehe

    ingatkn yg ganti cinta melody pulok..

  2. pneumedic says:

    bnyk sungguh kan cerita indonesia tayang kat malaysia skang..agak2 kat sana dorang tayang x citer kite…

  3. Fitrihadi says:

    eh boleh tengok dekat youtube ke?? wahh best ni.. layan cita indon best gak.. hehe
    .
    Fitrihadi recently posted..Rahsia Aku Dapatkan Klik Yang Bersih Untuk Banner Iklan ChurpChurp Senang Dapat Earning

  4. pempuan tu lawa kan.. natural beauty.. dni suka tengok dia ^__^

  5. MDHAFiZ.NET says:

    kerennya banget.. :) christian subiago :)

  6. lost kitty says:

    baik saya layan drama Melayu. ngee

  7. amalin says:

    eh 9 epis0d jer ker??
    sy da tgk citer ni kat utube last year.. n lepas tgk sy trus hntar emel kpd bhgian pnyiaran astro suh siar kt astro ria.. xtau laa astro approved sy nyer idea..(ayat xleh bla)haha..yg penting citer nih memang bez gyla2!

  8. Wilia says:

    Pengantin Remaja diplagiat dari drama Korea yang bertajuk My Little Bride. Tak percaya, korang boleh googling. Lagipun, aku tahu sebab aku dah tengok My Little Bride dan aku perasan persamaan kedua-dua buah jalan cerita.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold