Oh terlupa! Hari ni hari tanpa beg plastik.

Hari Sabtu hari ni, pergi shopping2 sikit barang dapur. Beli yang tu beli yang ni, tak banyak sangat le, sekarang kan tengah berjmat cermat, semua harga barang dah naik kan, bak kata pak menteri bersedia le jiwa dan raga, mental dan emosi sebab harga barang barang akan tetap naik..oppps!! silap… harga barang bukannye tetap sepanjang masa. Jimat cermat le kan takleh shopping banyak sangat.

Hari tanpa beg plastik

Bila sudah habis letak barang dalam troli, dah sampai kat kauter bayaran, tunggu adik tu kira barang semua, baru terbaca kat depan tu, hari Jumaat dan Sabtu ialah “Hari tanpa beg plastik”. Kat Kedah ni tak semua tempat sambut hari ni ada sesetengah pasaraya besar je buat kempen ni.

Ahak ahak!! adoii!! terlupa pulak hari ni hari Sabtu tak da beg plastik. Dalam hati berkata, cemana le nak angkut barang barang masuk kereta sat lagi ni haha!! padan muka. Nasib le parking kete dekat je, boleh le tolak troli pi dekat sikit, angkut sikit sikit je la jawabnya.

Bagus jugak le kempen hari tanpa beg plastik ni, kurang pencemaran, tapi kalau ada pilihan diberi, apa kata sediakan le beg kertas ke..ok jugak. Kat negeri mat salleh tu diaorang guna jugak beg kertas. Beg kertas ni tak le bahaya sangat macam beg plastik, mudah nak recycle balik dan mudah lupus.

Info tentang kempen tanpa beg plastik:

Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.


Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.


Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga – minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.


Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.


Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang  menyebabkan banjir, dan merosakkan  kesuburan tanah.


Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.


Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Oh terlupa! Hari ni hari tanpa beg plastik.”

  1. APAN says:

    penah gak kene gni tpi sebab sy bujang barang x banyak mne…pegang bodo gitu je. nak letak dlm plastik pun cam x berbaloi je bayo 20 sen. huhu…
    APAN recently posted..Lapangan Terbang Paling Berbahaya

  2. yas says:

    pehh…ptutla pun…mahainya kos nak kitar semula tu yerr…1 tan rm4,000…tp hasil rm32.00!!!
    #Selalu standby beg kain cotton dlm keta…kurang2nya 3 lai…takut terlupa cam kes Nuriz ni laa…hehehe
    yas recently posted..Cara buat pages kat bawah header Blogspot

  3. SyafzMagz says:

    kat uniten, dah tak guna beg plastik…bukan hari sabtu je tapi setiap hari…kena bawak plastik sendiri kalau nak bawa balik barang banyak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold