Kadar Tarif Elektrik Naik ke?

Baru baca pasal kadar tarif elektrik dijangka naik 25hb Mei ni. Belum pasti benar atau tidak. Minyak Ron 95 pun kata nak dinaikkan harga,  gula pun baru je naik minggu lepas. Amboi semua pakat nak naik ni..lepas ni naik darah le pulak.

Kalau elektrik naik lagi parah le dari minyak. Harga barang apa lagi melambung lambung tinggi le jadinya.
Nasi lemak bungkus kecil dulu 2 tahun lepas Nuriz beli kat Jitra cuma harga RM 60 sen, lepas 2 tahun nasi lemak yang serupa saiz bungkusannya naik jadi RM 1.20..Tu diaaa!! bayangkan tu baru nasik lemak je, bukan harga barang lain.

Kalau minyak Ron 97 naik boleh le pilih ron 95, kalau dua dua naik..tak boleh nak pilih dah le. Orang yang naik motor boleh la jimat sebab tak naik kereta, bukan kira naik motor je jimat, naik harga minyak bukan bermakna harga barang duk takat tu je. Contoh naik gaji kakitangan awam pun boleh effect harga barang. Tak tau apa kaitannya tapi harga barang tup tup boleh naik kalau dengar berita gaji  naik. Al sang kaributtt sungguh!

Berita dari Malaysia kini

sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Kadar Tarif Elektrik Naik ke?”

  1. farass says:

    wargh…. kire minyak x jadi naik.. letrek pulak naik… 2 2 pown boley pinin… huhuhu

  2. ayung says:

    suma naik…naik…dan naik lagi..
    hadoiii

  3. ayung says:

    suma naik..naik…dan naik lagi..
    hadoiii

  4. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum….

    Dalam facebook pun saya ada hujahkan perkara ini serta yang berkaitan dengannya pada wall kawan saya. Ada kawan kepada kawan saya tu menyokong kenaikkan segala macam jenis harga barangan dengan memberi alasan berlumut bahawa ia selaras dengan kenaikkan harga global.

    Tetapi sebenarnya negara kita masih mampu memberikan subsidi barangan keperluan harian seluruh rakyat, jika pemerintah berjimat dengan belanja pengurusan negara dan lain-lain jenis belanja. Contohnya pembayaran perkhidmatan kepada syarikat Yahudi APCO, projek mega yang hanya menguntungkan golongan atasan… Rakyat biasa tidak dapat berlindung dari hujan,panas atau ribut di KLCC ataupun litar lumba sepang. Mereka (kita) sensara dengan kenaikkan berirama harga2 barangan keperluan harian. Mereka yang VVVIP, orang berpangkat tinggi menjulang atau kroni-kroni mereka tidaklah merasa kenaikkan ini.

    Asalkan ada pilihanraya, kenaikkan harga barang, minyak, tol atau takrif elektrik ditangguhkan… Bila dah menang plan kenaikkan diteruskan. Nanti akan diadakan pilihanraya umum.., depa mesti nak kumpui duit utk belanja kempen.., kalau tak mana nak cekau duit… konsep “I help you.., You help me…” memerlukan belanja besar dan ianya dikira merasuah pengundi sebelum pilihanraya

  5. dua2 pon membebankan rakyat. yg untung petronas ngan TNB. waktu nk pilihanraya, mintak dana mengundi kat dua2 syarikat ni.
    ekspresiruang recently posted..Koleksi 10 Tab Mandi Moden dan Seksi

    • SyafzMagz says:

      pelajar yang tinggal dalam uniten(universiti TENAGA NASIONAL) pun kena bayar jugak bil elektrik…ape kes? kata TENAGA NASIONAL…
      kalau kadar tarif elektrik naik pulak nanti mesti ramai yang memberontak. hmmmm

      Elektrik dan petrol ni kegunaan harian semua orang…

  6. pneumedic says:

    ape nk eran?…minyak naik..rkyt ttp undi BN..barang naik, rakyat tetap undi BN..jadi..klu tarif elektrik naik..rakyat tetap undi..apa dorg nak takut..kn..kn..

  7. MDHAFiZ.NET says:

    Berita baik nih….gula dh naik ke belum?? apsal x naik lg?? haiz.. :)

  8. sop says:

    Bila nak naik nih?
    Sumer nak naik. Kita juga yg tak naik. Huhuhu

  9. APAN says:

    aku pelik la ngan kerajaan ni…berani tol wat main2 gini. dengar pilihanraya tahun ni. x takot kalah ke. pelik2…
    APAN recently posted..10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

  10. yas says:

    Tunggu pengumuman “tak naik” jer plak…dh letih dengo barang asik naik jerr….yg kompom “gaji” payoh nk naik….
    yas recently posted..Review blog bersama aried

  11. nyampah dah asik naik dalam setahun bape kali ntah. eeeee siesly geram

  12. akubiomed says:

    Dengar minyak RON95 bakal diapungkan bulan depan. Lepas ini tentu harga barang akan dinaik. Barang tidak ada stok di pasaran pun boleh dijadikan alasan harga barang naik

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold