Video Seks Anwar Part 2 Sudah Keluar

Video seks mirip pemimpin pembangkang bahagian kedua sudah dikeluarkan di laman you tube, dan diupload semula selepas dibuang oleh pihak you tube. Video seks part 2 ni lebih jijik dan ini lah lambang politik negara kita sekarang. Saya yakin ramai yang jijik dengan mainan politik lucah ni. Senang senang saja pihak tak bertanggungjawab ni memuat naik video tersebut.

Apa agaknya tindakan SKMM dan pihak polis ye? Adakah pihak polis akan jawab tak tau siapa yang memuatnaik video tersebut. Akhirnya orang yang bertanggungjawab tu lepas bebas macam tu saja.

Petikan berita dari Mstar online:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) didesak menyegerakan siasatan bagi mengenal pasti identiti pemilik blog yang masih menyiarkan klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blog www.papagomo.com pada Rabu memuat naik bahagian kedua rakaman video seks kontroversi yang dikaitkan dengan seorang pemimpin utama parti pembangkang.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip berkata, SKMM bersetuju untuk membuka kertas siasatan berhubung aduan penyebaran klip video itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Beberapa blog sudah ditutup sejak aduan difailkan pada 5 April lalu tetapi blog www.pisau.net dan www.papagomo.com masih boleh diakses serta terus menyiarkan klip video itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Rozan berkata perbuatan penyebaran klip video itu di kalangan pemilik blog terbabit sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti Anwar selaku pemimpin utama pakatan pembangkang.

“Oleh itu, kami mahu siasatan disegerakan untuk mengenal pasti bagaimana klip video yang sepatutnya dimiliki trio Datuk T dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dimuat turun di Internet di kalangan pemilik blog,” jelasnya yang juga Naib Ketua Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Rozan berkata AMK tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik blog itu sekiranya klip video tersebut masih disiarkan.

Begitupun, tindakan susulan hanya akan diambil sekiranya SKMM berjaya mengenal pasti identiti individu terbabit.

“Saya tahu SKMM berdepan cabaran besar untuk mengenal pasti pemilik blog itu. Apapun, mereka perlu bekerja keras agar siasatan ini dapat diselesaikan dengan segera,” tegasnya.

Rozan hadir ke pejabat SKMM bersama dua anggota pemuda AMK untuk memberi keterangan selama sejam berhubung aduan penyebaran video seks yang masih dalam siasatan pihak polis.

p/s: Harap maaf video lucah Anwar part 2 utk didownload atau ditonton tiada di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Video Seks Anwar Part 2 Sudah Keluar”

  1. [...] Update : Video Lucah Part 2  Mirip Pemimpin Pembangkang Sudah Keluar [...]

  2. macamnilah says:

    perghhh dah kuar versi ke2 dah yer ,. lama2 jd cerita bersiri

  3. nurizspace says:

    lagi cepat dari polis ye..

  4. Kalamhati says:

    huhu politik oh politik..

  5. cik aish says:

    huhu..ingtkan ada video tu td.. hehe

    emmm tu la..tak tau la skng sapa betul sapa salah..hmm..tapi muak la dgn cerita politik kotor ni..sampai bila la dorang ni ea

  6. yas says:

    Yeahhh…kasi tambah lagi koleksi bedio lucah kat mesia nih!!!
    Pas tu bebudak kecik yg layan….cantik sesangat la tuuu!!!
    yas recently posted..Panduan buat Ibubapa

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold