Video Lucah Kegilaan Politik Malaysia, Tahniah Malaysia!!

Politik negara kita sekarang, boleh la dikatakan tengah menggila, gila menayang video lucah, blog blog pro kerajaan pun sedang menggila memberi link, tayang video lucah part 1, 2 yang didakwa mirip pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim. sekarang semua bahagian video lucah tu dah beres ditayangkan, full download part 3,4 dan 5. Terbaru pulak tadi video lucah dipos dari Thailand full version, sumber berita dari The Malaysia Insider.

Tahniah kepada Tv 3 , media penyiaran paling hebat kerana berani tayang video lucah sebagai sajian utama berita perdana. Saya nak ucapkan tahniah, sebab semua rancangan Tv3 ni kebanyakannya rating sangat tinggi. Tv3 mampu tayang video lucah utk ditonton oleh masyarakat. Tu pun niat sebenar mereka kan. Tahniah le kepada tv3 dan kepada kerajaan Malaysia kerana negara Islam bernama Malaysia kini sudah sah memberi kebenaran kpd media penyiaran utk menayangkan video lucah. Bukan tv saja, media cetak seperti suratkhabar yang pro kerajaan pun rancak jugak mempromot link link kat blog mana yang boleh pi download. Hebat kan!

Tahniah jugak le!  kepada pihak berkuasa Malaysia yang tak mampu berbuat apa apa di saat video lucah pornografi sedang tersebar di blog blog pro kerajaan tu, dan dari merata pelusuk orang dah boleh download video lucah tu. Bukan tak mampu, tapi buat buat tak mampu.

Tahniah jugak! kepada ulama ulama terutama ulama kerajaan yang sedang berdiam bisu. Mungkin ulama ulama ni sedang bertafakur, atau pun sedang menegur di dalam hati. Mungkin lah kan. Jangan jadi ulama kangkog sudah le. Kangkong ni nampak segar je rupanya di dalam kosong. Dosa dan pahala tolak ketepi. Sekarang orang tak ingat dosa yang haram dah jadi halal.

Di mana letaknya kebudayaan Melayu, bangsa Melayu yang tinggi adat tata susila orang Melayu sekarang? Orang Melayu yang buat semua ni..untuk politik. Di  dalam kegilaan menjatuhkan Anwar Ibrahim dengan video porno atau lucah ni. Budaya sopan santun Melayu dah hilang dah lenyap yang ada sekarang cuma dengki khianat sesama Melayu, sifat sifat jijik kotor dan lucah mainan politik di Malaysia.

Tak sedih ke wahai orang Melayu?..tak kecewa ke? atau seronok melihat kejatuhan bangsa sendiri, seronok menyebar aib dan fitnah merata rata?

Teramat malu sangat sangat, bangsa Melayu sekarang menjatuhkan bangsa sendiri dengan cara macam ni. Sekarang Malaysia sedang menjadi perhatian dunia. Malaysia yang penuh pornografi, sebab pemimpin dan pihak berkuasa serta ulama membiarkan semua ni merebak tanpa ada sekatan.

Tahniah Malaysia!!..politik dan negara ku kini sah untuk pornografi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Video Lucah Kegilaan Politik Malaysia, Tahniah Malaysia!!”

  1. jaya jr says:

    persediaan mengahdapi PRU13..hampeh sungguh..

  2. MDHAFiZ.NET says:

    ini jdnya bila ISLAM hanya pd ic..bila ISLAM hanya pd nama..bila lg ISLAm nak bangkit juka kita (org MELAYU ISLAM) x sokong ISLAM??
    makin parah dh Msia..fitnah menfitnah amalan biasa..bila dah terkena??
    lucah sungguh politik Msia hingga saya malu jd rakyat Malaysia. Namun apakan Daya…

  3. belalang says:

    suma pakat angguk2 geleng2 jer…

  4. Seksi Bani says:

    ya, nuriz, “tahniah” kepada semua rakyat Malaysia ke atas kelucahan semua ni… dan tahniah juga kepada org yg difitnah kerana terus-menerus berteka-teki… :D

  5. SyafzMagz says:

    demi harta, pangkat dan nama…hmmm

    bila la isu politik ni nak habis~

  6. barb says:

    Harga diri rakyat malaysia ni memang murah,bleh dibeli ngan wang ringgit..
    Ni la akibat klu media2 sentiasa memikirkan keuntungan,sensitiviti tu akan dibelakangkan..cuba la bayang klu yg tengok berita tu kanak2 yg xtau ape2,n timbul soalan “ape tu liwat ayah”? n cmna si bapa nk bagi penerangan??tambah2 video yg xbermoral plak ditayang??
    Orang2 melayu skrg mmg dah terikut2 ngan budaya barat.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold