Drama bersiri Juvana akan menemui penonton pada 25hb April ni jam 9 malam di TV3. Mesti Juvana ni ganti drama Gemilang yang dah nak tamat kan. Para pelakon dalam Juvana ni ialah Bront Palarae, Izreen Azminda pelakon mak tiri Fasha dalam Samson Delaila), Zahiril Adzim, Irfan Roslan, Eyka Farhana dan Beto Khusairy. Drama bersiri ni ada 13 episod, kalau ikut sinopsis, kisahnya tentang Daim Yahya seorang remaja yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya.
Sinopsis cerita: Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Daim ditahan di situ hinggalah dia cukup umur kemudian dia akan dibicarakan di mahkamah. Dalam drama ni Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.
Macam menarik kan cerita Juvana ni, lagi lagi ada Bront dan Beto Khusairay heheh!! Daim kemudian mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila tu ) Cikgu Zakiah ni jadi baik le dalam drama Juvana ni. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan rakan samseng yang ada di sekolah tu. Kesian Daim ye.
Drama ni ada nilai nilai moral, bagi Nuriz drama ni lain dari yang lain sebab takde kisah cinta dan perebutan harta di dalam dunia korporat. Mesti penonton dah jemu dengan kisah cinta dan dunia korporat dan perebutan harta, wang juta juta yang selalu menjadi tema drama melayu…kali ni tengok le cerita yang banyak pengajaran pulak. Jangan lupa Juvana 25 hb April ni 9 malam tv3.
Terhangat : Biodata Beto Kusyairy (Cikgu Arifin)
OST Juvana TV3 Lagu Babak Pertama – Drama Band
Lirik Lagu Babak Pertama
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa pelu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayangmu akan ku jejaki nanti
oh oh oh oh oh
oh oh oh oh
Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa pelu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
oh oh oh oh
oh oh oh oh
April 13th, 2011
Nuriz Ibrahim 
Posted in
Tags: 

Salam Kenal.
Lamanya lagi ni. Tapi tengok senarai pelakon macam best jer.
Dalam ni mak tiri fasha tu jadi baik ke?
Sabahan Bloggers Club recently posted..SBC May 2011 Giveaway
mak tiri fasha tu jadi cikgu yg baik
wah bunyi sinopsisnya macam best je….
Menarik..dah jemu tgk cinta korporat hehe
laju betul drama bersiri melayu sekarang ni kan.. Eloklah tu daripada asyik2 buka TV cite indon je..hu3
decrewz recently posted..Tarikh Peperiksaan UPSR- PMR- SPM- STAM- STPM- MUET 2011
Tunggu drama “platun Harimau” jerr nih…bile la nk tayang kat tb tu…
yas recently posted..Telor tiruan-Patin RM13-000- Loji Lynas dan soya air liur
drama platun harimau drama apa tu yas, heheh drama psl askar ke
hehehe…bila dh tajuk pun platun harimau…kompom dah drama askar tuuu…hehehe
yas recently posted..Telor tiruan-Patin RM13-000- Loji Lynas dan soya air liur
dulu ada le kat tv9 kisah apa tah kadet polis kot, lebih kurang le kan..hehe berjuang utk negara. selalu usop haslam yg buat drama polis cam gerak khas tu. askar ni payah nak tgk kan
macam menarik perhatian apik jer..
apikpehe recently posted..Tersangat- sangat lah
lagi 10 hari boleh tengok ;D
Drama mcm ni mesti penerbitnya Film Scape yg buat drama nur kasih, frontpage dan gemilang tu.. Drama dr Film Scape ni mmg slalu best sbb lain dr yg lain, kreatif, xde kisah cinta dunia korporat dan perebutan harta..
salam.
saya teringin memasuki sekolah wira bakti .!
macam mane saya nak apply yea skolah berkenaan.??
hihi.
Sapa-sapa yg ingin mendownload terus drama Juvana boleh rujuk di blog ini
http://sedutje.blogspot.com/2011/04/download-tv3-juvana.html