Polis Hapus Saman Ekor

Berita baik, berita baik, Polis sudah hapus saman ekor. Apa? tak pecayya ke? Lega ye dah dengar berita ni, ramai duk tunggu saman ekor ni dihapuskan terus. Tak da le lagi masalah kenderaan kena senarai hitam, dan masalah orang lain yang pandu, orang lain yang kena saman. Selama ni masalah ni le yang menjadi igauan ngeri huhu!!

Polis diraja Malaysia tak lagi menggunakan sistem perangkap laju atau dgn kata lain saman ekor. Selama ni isu ni hangat dan mendapat pelbagai rungutan dari pengguna jalanraya pasal saman ekor. Pihak polis akan bertindak telus, dan kali ni bagi pesalah trafik, mereka akan diberikan amaran mengenai operasi mengesan kelajuan.

Petikan berita :

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

p/s: lepas ni kalau takda saman ekor jangan le duk pandu laju laju lagi, ingat le keselamatan diri dan orang tersayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Polis Hapus Saman Ekor”

  1. syokdownload says:

    wah…nanti ramai la lepas geram dengan speed sepuas puasnya..

  2. shameel says:

    Harap2 jadi kenyataan. Penat dah bayar speed trap.

  3. yeahhh! boleh race balik pasni.. ;-p

  4. akubiomed says:

    Elok pun. Menyusahkan penguna jalan raya. Buat apa nak sembunyi didalam semak tangkap pesalah trafik.
    akubiomed recently posted..Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1

  5. zik says:

    lesen kereta pun tak amik lagi… insyallah tahun nie, mungkin bulan depan start belajar…
    zik recently posted..Ikan laga dan cara penjagaan

  6. SyafzMagz says:

    bagus sangat la tu. Tak payah bayar sama lagi…dan mungkin makin ramai yang gemar memecut…berbanding bawa slow2~

    naik bas jela…tak payah bayar saman… :P
    SyafzMagz recently posted..Tutorial Cara Memasang Tab pada sidebar

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold