Kemalangan di lebuhraya Pendang- Gurun, Myvi Terbakar

Petang tadi Nuriz dari Sungai Petani, kira -kira jam 5.30 petang, jalan jalan hujung minggu, dalam perjalanan menghala ke utara, nak balik ke Alor Setar, kira kira beberapa kilometer je dari R n R Gurun tu, nampak asap hitam kat tengah lebuhraya. Rupanya ada kemalangan jalanraya. Dalam hati memang dah agak ada kemalangan  le tu. Kereta dah mula berhenti. Trafik pun dah jadi slow.Kemalangan tu melibatkan sebuah V6 Perdana( kalau tak silap le, sebab dah remuk teruk, tak jelas). Sebuah lagi kereta ialah Myvi yang terbakar hangus, melanggar pembahagi jalan dan Myvi tu dah tercampak ke laluan menghala ke selatan.

Sempat le Nuriz ambil gambar kemalangan. Cuma tak nampak Myvi terbakar sebab dah terlindung dengan van ambulans dan van anggota penyelamat. Lagi pun orang ramai tak boleh nak berhenti lama lama tengok kat situ, nanti laluan jadi sesak.

Nuriz agak le, kemalangan tu berlaku sebab kereta V6 bertembung dengan Myvi, jadi Myvi tu dah membelah pembahagi jalan dan terbakar hangus. Ngeri le tengok, lagi lagi bila tengok depan mata..huhu..takut.

Apa yang mengecewakan pulak, dalam kesibukan kereta bomba dan van ambulans, st john berkejat kejar nak selamatkan mangsa kemalangan, ada mangkuk hayun, bukan sorang dua ( tapi ramai) pemandu kereta yang PENTING DIRI! 

Pemandu yg mangkuk hayun penting diri ni berkejar ikut ambulans dan kereta bomba bila kereta di depan bagi laluan, AMBIL KESEMPATAN, lepas tu POTONG Q,  dah tu menghalang jalan.

Ni le sikap buruk penting diri, lepas tu menyusahkan orang yang perlu bantuan cepat.

Heran ye kenapa di saat orang susah depa ni hanya pikir hal sendiri. Bukan dia sorang nak cepat balik rumah, orang lain pun ada hal jugak. Memang mangkuk hayun!

Seorang mangsa kemalangan yang tengah diusung tu, mungkin dari kereta v6 tu.

Kereta dah remuk teruk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Kemalangan di lebuhraya Pendang- Gurun, Myvi Terbakar”

  1. nur anis says:

    ish..seram nya tengok…

  2. macamnilah says:

    innalillah kat mangsa,.. tapi teruk sangat kete myvi tu,. kereta perodua mmg tak blh pakai

  3. kemalangan yang ngeri..

    ish.. ada jugak org yg amek kesempatan atas kesusahan org lain..

  4. a loqman says:

    salam…jam 3 tadi saya lalu ..dari Alor Setar Ke Bworth..belum ada apa apa kemalangan lagi..

  5. hazwan says:

    macam biaselah orang malaysia
    time accident masing-masing nak berhenti tengok
    anggota penyelamat nak sampai pun payah

  6. apikpehe says:

    isk2.skang ni mmg manusia da camtu kak..pentingkan diri sendiri jer
    apikpehe recently posted..Aksi-Aksi Semasa Bermain Futsal

  7. yas says:

    Entah bila gamaknye sikap orang2 kat sini boleh berubah, pentingkan diri sendiri,tamak,dengki…
    isu yang takkan habis sampai kiamat kot gamaknyer…
    Rase malu jugak bila tengok yg ramai tergolong dlm tu orang2 islam…
    yas recently posted..Top Commentator Award dan Wings Pc

  8. intan liana says:

    sy pun lalu jugak kt tempat ni semlm..balik dr penang….time tu ambulan x sampai lg…x brani nk tgk..ada yg meninggal tak?

  9. allysonn says:

    yup….ade 1 yg meninggal… 2 pun cousin i….

    • sriganessa says:

      Yang meninggal itu ialah salah seorang penari dari kumpulan tarian kebudayaan India Akademi D’Universal dari Pulau Pinang. Arwah tersebut di kenali sebagai Nantha, penari dan guru tarian akademi D’Universal. Beliau ini sangat peramah, baikhati dan penyayang. Kepada yang mengucapkan takziah, kami dari Akademi D’Universal bagi pihak keluarga arwah mengucapkan Terima kasih. Di harap tuan-tuan dan puan-puan sudilah kiranya berdoa untuk insan ini agar rohnya akan aman dan semoga dirahmati tuhan……………..

  10. zik says:

    Innalillah… takziah diucapkan kepada keluarga mangsa…
    zik recently posted..Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium!

  11. Grieving deeply says:

    Miss you brother :’(

  12. Raj says:

    ini mereka kawan aku..V6 dengan myvi tu semua kawan2..langgar satu sama lain..

  13. Fabregas says:

    Kawan saya yg accident…sorang mati

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold