Isu Nasi Lemak Di Kantin vs Isu Beg Sekolah Berat

Sekarang tengah heboh Kementerian nak hadkan penjualan nasi lemak kepada pelajar sekolah di kantin ( belum keputusan mktamad). Nasi lemak makanan tradisional. Ramai orang Malaysia suka makan nasi lemak pe. Betul ke nasi lemak banyak kolestrol dan bahaya kepada murid murid sekolah. Sekarang santan kelapa mahal, nasi lemak sekarang bukanĀ  letak santan banyak pun, pakai tumis simple gitu je, nak kurang lemak pakai le susu, takdak kolestrol. Buat pe duk pening pening fikir hal nasi lemak. Fikir masalah yang penting sikit..

Nasi Lemak

Ada satu lagi isu yang lagi besar dan dah lama tak selesai selesai lagi bagi pendapat saya selain dari isu nasi lemak, iaitu isu BEG SEKOLAH BERAT , beg berat dan buku yang tebal yang terpaksa diheret atau digalas oleh murid murid sekolah. Isu ni tak pernah selesai pun. Cuba tengok beg beg budak budak darjah satu, semua pakai roda sekarang.

Kesian sangat tengok, murid darjah satu kena heret beg yang lagi berat dari badan diorang. Saiz badan diorang ni dah le kecik tapi beg sekolah berat 2 kali ganda dari berat badan.

Sekarang budak darjah satu nak mula masuk sekolah, ibu bapa akan pergi cari beg sekolah yang beroda dah yang jenis tahan lasak. Apa sebab? sebab buku banyak nanti nak heret senang. Kalau budak tu nak heret tapi kadang kala budak suka jugak angkat beg. Macam pikul batu bata.

Buku teks dan buku kerja yang tebal tebal, buku kerja yang bertimbun-timbun, tak termasuk buku latihan lagi. Kalau hari tu kena bawak banyak buku..bayangkanle apa jadi kat tulang belakang budak berusia 7, 8 tahun, kalau diorang galas beg tu. Lagi teruk kalau kelas murid murid tu di tingkat 2. Kena heret naik tingkat atas. Saya ada anak sedara, semua tu pernah saya tengok sendiri, dan tak sanggup nak tengok, saya sendiri pun tak larat nak angkat beg anak sedara saya lama lama. Apatah lagi lengan budak berusia 7 atau 8 tahun yang kecik tu. Beg mengalahkan askar komando yang masuk dalam hutan buat latihan.

Harap pihak sekolah dan kementerian pandang le sama isu beg sekolah berat tu, jangan asyik cakap kes terpencil atau kes lama. Memang kes ni lama dah basi, tapi budak budak sekolah tetap menanggung kesannya, dan sebenarnya isu ni tak pernah selesai pun. Nanti sebelum umur dah tua, dah jadi bongkok..sebab galas beg sekolah berat tiap tiap hari.

Akhir kata, nasi lemak tak nak ada kolestrol… jangan letak santan..lagi satu nasik lemak ni berkhasiat sebab ada ikan bilis, dan telur. Lagi bagus letak sotong atau kerang..

Amboi tetiba lapaq nasi lemak sambal sotong lak…asik duk cakap pasai nasik lemak ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Isu Nasi Lemak Di Kantin vs Isu Beg Sekolah Berat”

  1. Miziey says:

    stuju! jdkan nasik lemak sebagai isu nampak macam kurang wajar la.. tp mmng btol la bdak2 sekarang nih punya beg memang berat.. sebab tu perlu makan nasik lemak kan? so dapat la tenaga nak angkat beg tuh.. hehe..
    :D

  2. dni kalo makan nasi lemak sure mengantuk hehe kalo makan kat skolah mengupa manjang

  3. cik aish says:

    hmmm tak tahu la macam dorang ni fikir nasi lemak penyumbang masalah obes ni..

    kt sume tahu budak2 skng mana aktif sgt mcm dulu..kalau dulu main bola, main tu main ni..kuar peluh..magrib baru balik..

    skng ni dorang still aktif tp di alam maya..huhu..
    aktif ngadap komputer..peluh pun tk kuar..then bila bawak beg berat sikit mula la ngeluh sana sini..

    lepas parent skng terlalu manjakan anak2..bg duit banje banyak2..adess..

    nasi lemak gak jadi mangsa..hmm aish pun buat entry pasal ni..

    • nuriz says:

      budak budak kena makan banyak sebab nak bawa beg berat sangat tu, banyak tenaga nak guna.
      yang obes tu dari rumah lagi cara pemakanan dia. kat sekolah berapa menu je boleh makan, berapa lama je nak rehat.

  4. muse says:

    nak sekat penjualan nasi lemak kat kantin tu bukanler satu langkah bijak sebab budak sekolah lebih banyak habiskan masa kat umah daripada sekolah so ibu bapa yang patut pantau pemakanan anak2 mereka. Kena ler bagi makanan yg berkualiti bukan asyik sumbat mc donald ngn pizza hut jer.

  5. decrewz says:

    Sebenarnya ni cara nak jatuhkan orang melayu dalam sedar x sedar… Pendapat nurin la kan.. Bape ramai orang cina jual nasi lemak? Selama Jai ddk kat kampung2, x pernah ada pun bangsa lain yang jual.. Org dulu2 pun makan nasi lemak, tapi kenapa sekarang menjadi isu?

  6. noremy says:

    p/s:BW & folo..mehla jenguk belog saya..salam kenal! (^_^)

  7. MDHAFiZ.NET says:

    kalau mcm tu x best la x merasa suasana sekolah..kalau xde nasi lemak.. :)

  8. apikpehe says:

    apik pon pelik gak naper nk dihalang penjualan nasik lemak..xder kaitan langsung..apik rase lagi baik diorang setelkan masalah2 yg lagi berat..haishhh

  9. titan says:

    emm..dah macam-macam isu timbul sekarang, entahlah..apa la nak jadi sekarang nih..
    titan recently posted..Best ke belajar kat Matrikulasi

  10. shameel says:

    sebagai guru saya lihat isu ni sebagai lawak jenaka. dihalang mkn nasi lemak kt sekolah, pastu mak bapak pulak bawa anak2 mkn ayam kfc.

    Tentang beg sekolah tu, sepanjang yg saya perhatikan, ia idak lagi membebankan spt dulu sbb sekolah skrg menggunakan jadual anjal. Kalau ada pun ungkin kes terpencil.

  11. Kalamhati says:

    alaa bebudak makan bukan banyak pun..nasi lemak satu pinggan..nmpk kaler pinggan..hehe
    tak patut jd isu sebenarnya..sejak azali lg kita mkn nasi lemak..

    isu beg berat tu yg perlu diselesaikan..sgt setuju..

  12. zik says:

    sekarang kan dah ada jadual anjal.. senang sikit… nasi lemak hari2 makan masa sekolah..hehe
    zik recently posted..Kejohanan Badminton terbuka India superseries 2011

  13. yas says:

    Sedih bila derang nak haramkan nasi lemak kat sekolah..takut sok2 lagi banyak makanan seludup yg x elok dijual kt sekolah. Pas tu kat luar lagi ramai peniaga bergerak yg jual makanan yg lagi x berkhasiat tuk bebudak…tak sepatutnya isu ni timbul. Banyak cara lagi yg derang leh guna…

    #Mgu ni kurang aktip sket….bizi laaa…huhuhu
    yas recently posted..Panduan buat Ibubapa

  14. APAN says:

    semua orang pun mcam x setuju ngan cadangan mereka2 ni…
    suke sngat nak bincang isu yg pelik2…
    bile dah ade isu lain, xnak wat lak…
    rajin x betempat…
    APAN recently posted..2011-04-26-Schalke 04 0 – Manchester United 2-Champions League

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold