Gambar Tunang Ashraf Muslim

Hari ni pelakon Ashraf Muslim yang popular dengan gelaran Ustaz Amirul telah melangsungkan pertunangan dengan Noor Dayana Hj Lokman seorang doktor pelatih di Melaka (Manipal University). Gadis berusia 24 tahun yg jugak bakal doktor ni telah menambat hati Ashraf ialah anak kedua dari 5 beradik. Ashraf Muslim bagitau kat wartawan yang dia bertemu dengan Noor Dayana di klinik perubatan Islam setahun lalu dan mula rapat. Hj Lokman ayah kepada tunangnya ni pulak tuan punya kepada pusat perubatan Islam  Syifa Al Hidayah. Kena le tu sekarang Ashraf pun dah jadi pengamal perubatan Islam ada klinik sendiri kan.

Ashraf akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari pada hari yang sama iaitu selepas majlis pertunangan selesai. Klinik baru itu dirasmikan dengan penukaran nama baru dan Hj Lokman jugak rakan kongsi kepada Ashraf. Baguihhnye bakal menantu dengan bakal pak mertua jadi share partner lagi. Lokasi klinik ni ialah di Sg Pusu Gombak , belakang UIA. Hj Lokman selalu muncul dalam rancangan Penawar Syifa di Astro Oasis, sapa yang pernah tengok tau le kan.

Gambar  tunang Ashraf ni :

Ashraf dan tunang

Gambar Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana

Ashraf dan Dayana

Anda mungkin nak tengok: GAMBAR HANTARAN ASHRAF DAN DAYANA

Apa kata Ashraf Muslim mengenai tunangnya ni:

Apa yang boleh saya katakan, perkenalan kami bermula ketika bertemu di klinik saya kemudian kami terus berkawan rapat. Dia seorang yang bertudung, solehah, serta sedap mata memandang. Saya memang cukup selesa dengannya.

“Lagipun, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kami memutuskan untuk tidak mahu mengikat tali pertungan terlalu lama. Jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah dan jangkan pada tahun ini juga ,”


“Memandangkan saya baru bukak secara rasmi klinik saya pada tahun ini, jadi saya mengambil keputusan untuk fokus dahulu dengan klinik saya pada tahun ini.

“Jika saya sambung berlakon pun, selepas ini saya akan cuba mengelak dari melakukan adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa menjayakan sesi fotografi.

“Saya juga akan cuba mengelak untuk bergambar berdua-duaan dengan wanita . Harap semua pihak meghormati keputusan saya.”

Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana. Ibu Ashraf telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.

Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.

Lagi gambar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Gambar Tunang Ashraf Muslim”

  1. NaNad says:

    jelesnyer..kih3

  2. Solihin says:

    jika itu pilihan hidup dia, alhamdulillah… =)

  3. EDtv says:

    rasanya kalau dah macam tu, better tak payah berlakon lagi.. Dia pun tahu yang dunia lakonan memang macam tu..

  4. papabear says:

    tak kenal siapa dia tapi tahniah la dah bertunang.. hehe..

  5. yas says:

    “Saya juga akan cuba mengelak untuk bergambar berdua-duaan dengan wanita . Harap semua pihak meghormati keputusan saya,”

    Yupp….itu yg sebaiknya Ashraf!!! kalau dia boleh maintain seiring dgn statement ni…gue mmg tabik arrr!!!!
    yas recently posted..Apple saman Samsung- Samsung saman Apple

  6. notcar99 says:

    waa..jelesni..sbb asyraf handsome sangat..ahaks..dua2 sepadan..
    mudah2an bahagia ke akhir hayat..amin..huhu

  7. pauline says:

    nice one.. congrate! have a nice day to you!!

  8. apikpehe says:

    wahhh..mmg tepat la pilihan dia..hehe
    apikpehe recently posted..Dah 5 Tahun- Tapi Masih Tak Ingat

  9. atiey azha says:

    wah ! jelessss . alhamdulillah . bagus niat tu . dah tak mau pegang2 ..

  10. wahhh sis! 763 share. wow wow wowwwww :D

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold