Gambar Baby Baru Maizawati dan Yassin

Maizawati bekas isteri Akhil Hayy yang kahwin tahun lepas dah selamat lahirkan baby lelaki. Anak lelaki baru Maizwati ni namanya Mouhammad Qhabel Izz Qhusairy. Amboi panjang benor nama anak Maizawati ni. Susah nak sebutnye.

Baby baru Maizawati

Petikan berita:

Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36, (gambar) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy.

Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

Maizawati pada mulanya tidak merancang untuk bersalin di Kuala Lumpur sebaliknya dia datang dari Ipoh untuk menziarahi saudara-maranya.

“Saya datang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Selasa). Jika tiada apa-apa masalah, mungkin saya dibenarkan keluar hospital pada tengah hari esok,” katanya lagi.

Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Gambar Baby Baru Maizawati dan Yassin”

  1. sedap nama anak mereka. semoga anak tu bakal menjadi anak yg soleh kepada kedua ibu bapa nanti
    ekspresiruang recently posted..Perabot Unik Menggunakan Papan Tanda Lalulintas

  2. apikpehe says:

    huhu..panjangnyer nama anak dia..huhu..

  3. sama berat dengan dni masa kecik hik3 :)

  4. iniialahaku says:

    cmna nak sebut ni ha????berbelit2 lidah..hehe

  5. MDHAFiZ.NET says:

    seronoknya dpt baby baru…bertambah rezeki hendaknya :)

  6. titan says:

    ohhh, ini kali ketiga la maizawati ni kahwin..

  7. Rai says:

    comel gila anak dia =)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold