Email 1Malaysia Bukan Percuma Sepenuhnya?

Semua tau kan pasal email 1 Malaysia ni. Satu pengumuman telah dibuat yang semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan akaun email 1 Malaysia bagi tujuan tujuan rasmi. Email tu akan jadi satu bentuk hubungan rasmi antara kerajaan dan rakyat. Email  1 Malaysia tu pulak akan dibangunkan oleh sebuah syarikat bernama Tricubes Berhad. Email 1 Malaysia ni percuma untuk semua rakyat, tapi hari ni baca pulak dalam Malaysia Kini, kata email ni tak percuma sepenuhnya. Maknanya ada caj tersembunyi kah?

Info  berkenaan Email 1 Malaysia: Projek ini mencecah RM 50 juta. Dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta bernama Tricubes Berhad. Rakyat berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun email ini.

Berita dari Malaysia Kini:

Menurut  Malaysia kini syarikat Tricubes bhd tu memaklumkan kemungkinan ada ‘bayaran sampingan’ yang akan dikenakan.
Caj-caj ini akan dikenakan untuk “kerahsian data” dan “perkhidmatan tambah-nilai”.

Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.

Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan “tiada kos” ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.

Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.

Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan.

P/s : sekarang saya ada akaun gmail, yahoo dan hotmail..boleh seperti biasa menghantar email dan menerima email.. free aje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “Email 1Malaysia Bukan Percuma Sepenuhnya?”

  1. macamnilah says:

    email yag sy ade skrg ni ade berpuluh2 tapi yang guna cuma 2 aje,. yang lain semua tak aktif pun dah lupe password pon,. hehehehheee

  2. joev says:

    haha..google apps pn free..siap boleh wat email domain sendiri..

  3. decrewz says:

    Baik guna gmail je.. Diorg ni nak cari untung ke?
    decrewz recently posted..Kisah Benar Lagenda Budak Setan Ruby &amp Shah – Pengenalan

  4. guna yahoo ngan gmail je la dari kena bayar ;p

  5. Buaya says:

    salam ziarah

    selamat dtg ke blog sy dan jadi follower sekali k

  6. mario says:

    faham2 jela dorang ni…dia ingat kita ni bodoh sgt kot…

  7. MDHAFiZ.NET says:

    biasalah tu..dulu ckp harga minyak x akan naik sepanjang tempoh sekian sekian.. tp last2 naik jugak…aduyai..x kuasa aku.. :)

  8. Seksi Bani says:

    why pay if we can something for free? hehe..
    mcm2 orang buat nak bedal duit orang ramai! haissshh!!!

  9. klhunter73 says:

    Najib kena kencing lagi ngan Deris Jala, projek email 1Malaysia bukanlah dibawah LDI (Local Direct Investment) tetapi dibawah PFI (Private Finance Investment). Kalo LDI memang 100% syarikat swasta menangung kos keseluruhan nya sampai bila-bila. Masaalah nya projek ini dibawah PFI, yang mana pihak swasta hanya melabur untuk kos permulaan sehingga siap dan Kerajaan kena bayar balik kepada pemaju dalam jangka masa 5, 10 atau 15 tahun akan datang. Bila bayar balik pada 5 tahun mungkin kos menjadi Rm100m, 10 tahun akan jadi Rm150m, 15 tahun akan jadi Rm200m.. Inilah konsep PFI yang selama ini diguna pakai oleh Kerajaan & MoF. Ada juga projek dibawah PFI ini pada perlaksanaan sahaja dikelaskan PFI, tetapi bila pembayaran balik diubah jadi kontrak biasa. Yang menghairankan jumlah pembayaran balik tetap sama kontrak PFI, contoh bina hospital kos Rm500m bibawah PFI (10 tahun) = RM1.5b, setelah hospital siap & beroperasi sepenuhnya (3 tahun) kerajaan tetap membayar Rm1.5b.. KENAPA,PM MAKAN RM300M, MOH MAKAN RM100M, MOF MAKAN RM100M, EPU MAKAN RM100M, JKR MAKAN RM100M… INILAH KENAPA NAJIB SUKA SANGAT PFI UNTUK PROJEK BESAR KERAJAAN………….

  10. yas says:

    Ni nak menketedarah duit rakyat lagi la nih!!!
    hampasss betul laa…
    yas recently posted..Nasib Komando Malaysia

  11. cik tom says:

    tue la mula2 terpikir gak betul ker nak bagi free je..rupa2nya ada jugak yang tersembunyinya..kena bayar..cik tom guna gmail n yahoo..free je…baik guna yang ni je..hehehe

  12. Kalamhati says:

    pelik kan..bg free tapi kena bayar..huhu takyah la membebankan rakyat

  13. xania says:

    membazir je. ‘leader’ kita ni xsekolah ke xda hati d perut? tipu duit rakyat rm100, ko akan rugi rm10000. tgk le nnt.

  14. nurizspace says:

    kita komen sebab kita tak puas hati, ada kebebasan nak komen. Kerajaan nak dgr ke tak nak dgr kita pun tak paksa..

  15. Norasikin says:

    Dah lama saya tanamkan dalam fikiran bahawa tiada free lagi dalam dunia ni. Trend perniagaan sekarang, hulur sikit supaya dapat cantas lebih banyak. Setiap kali bila saya ditawarkan sesuatu secara percuma saya akan fikir berkali-kali. Pasti ada udang disebalik batu. Pasti ada lubang atau kelemahan dimana sesuatu syarikat itu akan memperolehi keuntungan. Tengok je la sekarang ni banyak yang tawarkan perkhidmatan atau produk percuma. Ada pakej langsing percuma, ada yg bagi blackberry percuma dan macam-macam lagi. Ingat satu je “mana ada free lagi dalam dunia ni!”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold