Cara Beza Telur Ayam Palsu

Sekarang heboh pasal telur ayam palsu pulak. Telur ayam pun orang boleh cipta ye. Nampak memang serupa macam telur ayam asli. Kalau tengok secara kasar memang tak dapat nak beza sangat.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah  makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.

Telur ayam palsu di sebelah kanan, bentuk agak besar

Cara cara nak beza telur ayam palsu, saiz telur agak besar sikit dari yang asli. Telur ayam palsu tak berbau hanyir, tiada pusat , rupa nya berkilat dan kasar. Ini Nuriz jumpa cara cara buat telur ayam palsu, heboh dulu di China sudah ada telur ayam palsu.

Berita dari Bernama:

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

Telur palsu tidak ada ruang udara, Telur asli ada ruang udara

Telur ayam palsu ada selaput, telur ayam asli TAK ADA selaput

Gambar cara buat telur ayam palsu

Macam macam manusia boleh buat sekarang. Sayangnya kebijaksanaan manusia tu disalahguna nak mengaut keuntungan lebih.

bentuk telur merah yang sangat bulat menonjol ke atas

Info Telur Ayam Palsu
Berbentuk seperti telur ayam Gred A
Selepas telur ayam dipecahkan, kuning telur bercampur dengan putih telur dan kelihatan cair,
Kuning telur pulak bewarna kuning pekat.
Apabila telur digoncang akan dengar bunyi kerana terlebih kandungan air.
Kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur palsu ada bahan dipanggil benzonik iaitu bhn pengawet yang boleh rosakkan otak dan saraf serta boleh akibatkan penyakit hati.

Kalsum klorida pada kulit teur sbg bahan pelembut dan asid amino dalam telur palsu boleh mengakibatkan penyakit hati dan rosakkan saraf dan saluran darah.
Info dari CAP

Entri lain Telur Ayam Palsu import semakin serius di Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

31 Responses to “Cara Beza Telur Ayam Palsu”

  1. kelisa puteh says:

    fuh, naseb baik tak penah kena.. thank for sharing dis info.. ish2, dunia sekarang..

  2. cik aish says:

    erkk,,,telur pun ada yg palsu kan..tak paham ar..hish

  3. aPai says:

    hebat2 org skarang ni,..tapi dlm bab2 buat dosa la.

  4. syd says:

    Assalamualaikum…

    Terima kasih atas info. Saya tumpang share link ya!

  5. Hisyam says:

    manusia ni nak jadi tuhan agaknya. kerja tuhan pun dia nak buat

  6. shielalatif says:

    tulah kan manusia ni…dalam bijak2 duk mereka cipta sampai ke telur makan pun nak di rekacipta…serupa lah bijak tapi tak berotak!…membahayakan nyawa manusia jer yang pandai…geram pulak

  7. Lili darwati says:

    amat merbahaya gak…setakat ni saya beli yang biasa di beli je, kawan2 jangan kerana harga murah badan binasa.terima kasih admin kongsi info yang sangat2 berguna pada penguna kita. TQ

  8. nabila says:

    em pelik 2 org kat unia ni…
    ada otat salah gunakan…

  9. MizzFarah says:

    as salam…
    nak share and copy leh x?? HEHE~

  10. dasyat betul kan diorang ni nak kaut untuk. huhu. kita yang jadi mangsa…

    p/s: dni baru mula bw.. busy hari ni banyak kena siapkan esemen ;) blog ni yang pertama dni bw. awww :) hehe…

  11. Hafism says:

    bijak manusia.haha..

  12. kasfian says:

    yg herannyer harga grade A pun x sampai 9 hinggit, camner org boleh beli harga RM11 tu.. super power ker….xpun membinasakn diri sendiri..huhu

  13. Fitrihadi says:

    banyak gak bahan kimia dia taruk..uihh dunia zaman sekarang ni senang2 je nak buat benda palsu..
    .
    Fitrihadi recently posted..Tips Lawak Mencegah Kecurian Kereta- Motor Atau Basikal Korang Dengan Bijak! hehe…

  14. alahai… telur pon org nk palsukan..

    bela ayam sindri jelaaaa… heheh..

  15. macam pernah terbeli pun ada

  16. yas says:

    China….mmg terkenal ngan memacam ragamnya…tp tak sangka pula yg teluq ayam pun nk diciplaknya jugak…aduhaiiiii….
    yas recently posted..Kontroversi Loji LYNAS- Pahang

  17. pneumedic says:

    ni yang risau ni..takut-takut kalau saya sendiri pernah tergoreng telur tiruan tu..dah la mkanan asasi org bujang mcm sy tu..

  18. akubiomed says:

    Nampaknya informasi blog lebih cepat disampaikan berbanding agensi kerajaan. Agensi kerajaan perlu mengambil satu langkah kehadapan. Sekarang ini pun hal telur palsu hasil aduan pengguna dan NGO.

    Lambat tindakan yang diambil dari agensi kerajaan. Baru merampas dan hendak membuat ujian kesahihahan. :-( Kita tidak tahu sejauh mana telur tiruan telah diedarkan serata Malaysia
    akubiomed recently posted..Abang koning terkena Febrile

  19. 9W2TNG says:

    Nak share sebagai amaran dan pengetahuan kepada orang ramai

  20. farah says:

    Terima kasih atas informasi… nak share boleh?

  21. wiwi says:

    uish biar betul???aku rasa selama ni aku makan telur palsu la,,mungkin aku patut ternak ayam sendiri untuk keselamatan,,aku engat kalo telur ayam yang sihat mcm palsu tu sbb depa dah kasi kacuk2

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold