Berita Terkini Pilihanraya Sarawak 2011

Terkini, kesemua 1,748 pusat pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ditutup tepat pada pukul 5 petang ini, sementara di beberapa tempat pusat penjumlahan undi, pengiraan telah pun bermula.

Pengiraan undi dimulakan sejak pukul 12.30 tengah hari ini di beberapa kawasan berikutan pusat mengundi ditutup awal memandangkan ia terletak di kawasan pedalaman dan jumlah pengundinya adalah kecil.

Keputusan Terkini

N32 BUKIT SABAN ,  BN MENANG majoriti 2774 : BN 3899 undi , PKR – 1125 undidan  SNAP 641 undi

N56 Baleh  BN MENANG majoriti 3898: BN 5,242 undi , PKR 1,344undi

N55 Katibas  BN MENANG    : BN3,326 undi ,   PKR 1,070 undi dan SNAP 897 undi

N24   Beting Maro  BN MENANG  majoriti 436  : BN 3,609 undi , PKR 2,796 undi

KEPUTUSAN SETERUSNYA TERKINI (SILA KLIK)

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi yang paling sedikit iaitu di Pusat Mengundi Rh TK Pa’Berang di Ba’kelalan dengan hanya 20 pengundi mendaftar.

Ba’kelalan juga merupakan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi paling kecil. Pusat penjumlahan undi bagi kerusi Ba’kelalan adalah di Majlis Daerah Lawas.Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam ini.

Pada pilihan raya kali ini Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi. Parti pembangkang DAP di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)(26); Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49); PAS (lima) dan dan Parti Cinta Malaysia (PCM) bertanding di enam kerusi.

Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas.

sumber -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Berita Terkini Pilihanraya Sarawak 2011”

  1. [...] Berita Terkini Pilihanraya SARAWAK, undian sedang dikira. [...]

  2. yas says:

    Sapa2 menang pun gue x kisah sangat…yg pentingnya “berkhidmat tuk masyarakat” bukan berkhidmat tuk diri sendiri.
    yas recently posted..Satu hari nantiGambaran hidup manusia dimasa hadapan

  3. shameel says:

    yg ptg mrk jadi wakil rakyat dan bukannya wakil kumpul kekayaan.

  4. papabear says:

    hebat hebat.. hopefully selepas PRU, yg menang masih hebat..
    papabear recently posted..Back to the Books

  5. niton says:

    harap2 YB yg menang tu langsaikan janji2 manis mereka waktu berkempen. Jangan tabur janji kosong kat rakyat yg bodoh undi mereka..!

  6. decrewz says:

    Apa yang penting sekarang ni, pemenang mestilah menunaikan tanggungjawab dengan adil.. Jangan sebelum mengundi selalu nampak muka, lepas mengundi, hilang jejak terus..
    decrewz recently posted..Video Maharaja Lawak Astro Minggu ke 3

  7. ceqla says:

    pentingnya “berkhidmat tuk masyarakat” that our trget…

  8. dnoBiz says:

    yang menang jangan ashik lepas pandang, dan yang kalah jangan ashik nampak hantu
    dnoBiz recently posted..Awas Toyol Cyber – RM5-000 lesap bahana e-mel

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold