Video Tsunami di Jepun Mac 2011, 32 Orang Terbunuh

GAMBAR AIRPORT SENDAI DILANDA TSUNAMI DALAM BEBERAPA SAAT

Hari ni Nuriz tak berapa sihat jadi asyik tidur je le. Bangun bangun dah sihat sikit, online nampak berita kat yahoo, Jepun dilanda Tsunami pulak. Masyaallah, semalam baru je Nuriz tengok filem Hereafter( 2010)dalam tu ada scene Tsunami, hari ni berita benar Tsunami betul betul berlaku di Sendai Jepun. Ada satu video di you tube Nuriz jumpa nampak air deras tu menyapu kereta kereta dan bot bot.

Mengikut berita harian, tsunami di Sendai, Jepun pada pukul 2.46 petang disebabkan gempa bumi dan siri gegaran kuat kira-kira 30 minit selepas itu.

Menurut AFP pulak seramai 32 orang terbunuh atau mungkin lebih lagi, gempa 8,9 magnitud timur laut diikuti  sekurang-kurangnya 19 gempa susulan. Puluhan bandar dan desa-desa di sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dilanda gegaran, kawasan yang terkena ialah seperti Tokyo, yang terletak beratus-ratus km dari pusat gempa.

“Gempa bumi telah menyebabkan kerosakan besar di daerah yang luas di Jepun utara,” kata Perdana Menteri Naoto Kan di sebuah sidang akhbar.

Gelombang air yg berlumpur melanda kawasan pertanian  dekat kota Sendai, menghentam  bangunan bangunan di kawasan tu. Lapangan terbang utara Tokyo, kini penuh dengan air yg berlumpur tebal.

Amaran tsunami diperluaskan hingga ke kawasan Pasifik,  Asia Tenggara dan Amerika Latin, ini termasuklah Jepun, Indonesia, Rusia, New Zealand dan Chile. Gempa yang melanda petang ni dikatakan sedalam 10 kilometer, dan sejauh  380 km dari timur laut Tokyo, ini apa yang Nuriz baca kat Yahoo tadi le. Disebabkan gempa tu jugak, berlaku kebakaran, anda boleh tengok dalam video di bawah nanti. Perkhidmatan keretapi di Tokyo pun terhenti, dan semua penumpang terpaksa berjalan di sepanjang rel. Sebanyak 4 juta bangunan putus bekalan letrik.

GAMBAR TSUNAMI DI JEPUN

Video Tsunami di Jepun mac 2011

Video Airport Sendai diliputi air berlumpur dalam beberapa saaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Video Tsunami di Jepun Mac 2011, 32 Orang Terbunuh”

  1. [...] VIDEO TSUNAMI DI SENDAI JEPUN [...]

  2. [...] Video Tsunami di Jepun 2011 Posted in Berita Tags: Pelajar di Aomori selamat dari tsunami, Pelajar di Iwate selamat dari Tsunami, Pelajar Malaysia di Jepun selamat dari tsunami 2011, Rakyat Malaysia di Miyagi selamat « Gambar Tsunami di Sendai Jepun You can leave a response, or trackback from your own site. nuffnang_bid = "7c71f760fa6755449fdbdc63c8aaf65a"; [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold