Video Kemenangan Lee Chong Wei vs Lin Dan dalam All England 2011

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kemenangan beliau dalam perlawanan Badminton All England 2011 setelah berjaya mengalahkan Lin Dan dari China. Lin Dan pemain badminton dan jugak musuh tradisi, dulu Nuriz  ingat lagi Lee Chong Wei pernah kata dia tak mau dengar langsung nama Lin Dan sebelum dia berlawan dengan Lin Dan. Alergic kot sebab dengar nama pun tak mo hehe…
Lee Chong Wei dah dua tahun lama sebenarnya tak tengok Lin Dan kalah dalam 2 set saja, selalu kalau dia bertemu Lin Dan akan berlarutan sampai 3 set. Mengikut info sukan di Kosmo yg Nuriz baca, dengan kemenangan ke atas Lin Dan ni, sebanyak 8 kali dah Chong Wei menang ke atas Lin Dan. Tahniah Lee Chong Wei
Semua rakyat Malaysia pasti gembira dan bangga akhirnya Lee Chong Wei dapat jugak tewaskan  Lin Dan, juara Dunia 3 kali ni dan empat kali menewaskan Jerman.  Sekarang Datuk Lee Chong Wei ialah Juara All England 2 tahun berturut-turut, memang hebat betul le.

Lee Chong Wei sekarang berada di rangking nombor satu  dunia dalam badminton perseorangan lelaki dan Lin Dan jatuh di nombor dua. Bagi le kat Malaysia pulak kan sebab Lin Dan yang juara Olimpik ni dah  dua tahun di atas.

Ni video mata akhir yang mana Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan dengan set pertama 21-17 dan set kedua 21-17 dalam FINAL ALL ENGLAND 2011

sumber video dari :sokernet.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold