Sayur sawi cina, resipi cepat untuk diet yang sihat

Salam satu Malaysia, semoga semua sihat sihat aje. Lama tak update blog. Semalam Nuriz beli sawi cina ni,jadi hari ni nak cerita bab resipi sayur sawi cina. Makanan paling senang nak masak dan cepat pulak tu nak sediakan. Sawi cina ni banyak vitamin dan khasiat sesuai la bagi sesiapa yang tengah berdiet tu, dan bagi sesape yang tengah nak kuruskan badan. Makan sayur banyak banyak bagus untuk kesihatan kan.

Mudah je nak masak sawi cina ni, campak campak je dah siap..mari kita masak..heheh!!

Mula mula potong bawang putih, bawang besar kalau suka. Kita perlukan sikit udang, selain tu kita perlukan sos tiram dan garam secukup rasa. Sikit air dan tepung jagung (untuk buat kuah)

Tumis le bawang putih dan bawang besar yang dihiris nipis sampai wangi. Masukkan udang dan biar udang masak sekejap, pastu masukkan sos tiram. Masukkan sikit air, masukkan sayur sawi, kacau sekejap.

Kemudian lebihan air yg ada, bancuh tepung jagung. Masukkan dalam sayur tadi, kacau2 , jangan lama sangat nanti sawi tu layu hilang khasiat pulak.

Ok dah siap…taadaaa!!

Sawi cina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Sayur sawi cina, resipi cepat untuk diet yang sihat”

  1. wahhh blog nie pun dah terjebak macam angah gak ke hehehe…apa pun thanks kongsi2

  2. liyana says:

    oh! my fav! hari2 campur dlm bubur oat! mabeles.. hehe ^^

  3. nizam says:

    kalau nizam kan, nizam rebus pastu cicah dengan budu…hehhee..
    sedap tau…
    nizam recently posted..Anda Menguasai Kehidupan Atau Sebaliknya

  4. macam ni lah says:

    wahhhh mudah dan cepat dah tentu nye lazat dan berkhasiat

  5. yas says:

    Suka sayur tu jugak…besh lorrr…
    yas recently posted..LHDN 2011 Sudahkah anda

  6. mario says:

    sedapnya…dan senang jekan nak buat…

  7. sy suka makan sawi.. heheh..

  8. missSenget says:

    waaah~

    sedapnye… ;)

  9. MDHAFiZ.NET says:

    lama dh saya x makan sayur….haiz… pelik betul manusia nih…. :(

  10. a loqman says:

    saya suka makan..sayur ni juga

  11. shameel says:

    boleh cuba juga ni nnt.

  12. cik Yana says:

    Best! cakap je sayur ape. Semua cik Yana makan. Sebab cik Yana tak leh makan daging. Hehehe~

    Entry terkini: Panas: Mereka dicekup dalam kegelapan ketika Earth Hour :)

  13. Bie says:

    Bie tgk je sbb tak pandai makai sayur….uhuhu

  14. nak sepinggan pelisss :D

  15. diana says:

    selalu jugak buat sayur ni..
    tapi tak bubuh tepung jagung..
    setakat celur2..pastu tabur udang dan bawang goreng
    dan tabur sos tiram..

  16. Rama2Ungu says:

    ooowh..ni yg mcm baby sawi tu kan…mmg sedap ni kalo kene caranya..nyum222

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold