Letupan Ketiga Loji Nuklear di Fukushima

Letupan ketiga telah berlaku di Loji Tenaga Nuklear Fukushima pada 6:10 pagi waktu Jepun (5:10 pagi waktu Malaysia), 15 Mac 2011
Semua penduduk Jepun yang berada di sekitar 20km hingga 30km radius di sekitar loji tu, diminta tidak keluar rumah.
Setakat ni rakyat Malaysia tidak terlibat dalam darurat tu, kerana tiada rakyat Malaysia yang duduk sekitar 50km dari loji tu.

Ini video berita tentang letupan ketiga loji nuklear tersebut

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear  Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

Dalam pada itu, laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda.

Berikut ialah kenyataan akhbar Oleh Perdana Menteri Jepun Naoto Kan Mengenai Letupan Ketiga Di Loji Tenaga Nuklear Fukushima

Perdana Menteri Jepun Naoto Kan telah mengadakan suatu sidang akhbar pada kira-kira 11:00 pagi waktu Jepun (10:00 pagi waktu Malaysia), 15 Mac 2011 yang meminta semua penduduk yang tinggal dalam linkungan antara 20km ke 30km radius dari Loji Tenaga Nuklear Fukushima untuk tidak keluar dan berada dalam rumah masing-masing.

Ini berikutan letupan ketiga di Loji Tenaga Nuklear Fukushima pada 6:10 pagi waktu Jepun (5:10 pagi waktu Malaysia), 15 Mac 2011.

Perdana Menteri Kan menyeru orang ramai untuk terus bertenang manakala Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk mengelak kebocoran radiasi yang lebih serius.

Setakat ini, rakyat Malaysia tidak terlibat dalam rancangan evakuasi pihak berkuasa Jepun kerana tidak ada rakyat Malaysia yang tinggal dalam linkungan 50km daripada loji tersebut. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau respons pihak berkuasa Jepun kepada kejadian letupan ketiga di Loji Tenaga Nuklear tersebut.

Dalam pada itu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah membuat lawatan ke pusat-pusat evakuasi bagi menemui rakyat dan pelajar Malaysia di tempat-tempat yang terlibat bencana untuk meninjau keadaan mereka dan memastikan kebajikan mereka terjaga.

Sehingga jam 11:00 pagi waktu Jepun (10:00 pagi waktu Malaysia), 15 Mac 2011, bilangan rakyat Malaysia yang telah berjaya dihubungi dan disahkan selamat oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo adalah berjumlah 1177 orang.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi dan mengambil tindakan susulan sewajarnya dengan menghubungi semua rakyat Malaysia di Jepun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Letupan Ketiga Loji Nuklear di Fukushima”

  1. gnesop says:

    makin teruk kes di jepun dgn nuklear ni kan..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold