Laporan terkini Tsunami, Ancaman Nuklear Bahaya di Jepun

Ini laporan terkini yang Nuriz baca di Kosmo pagi tadi, menakutkan jugak bila baca, Jepun mengaku yang satu lagi loji nuklear Fukushima mungkin akan meletup bila bila masa saja. Bukan setakat rakyat Jepun saja yang terancam, bahkan masyarakat dunia pun akan mengalami kesan letupan nuklear ni. Letupan loji nuklear ni akan menghasilkan debu debu radiasi.Sebelum tu sudah berlaku letupan loji nuklear No 1 sejurus selepas gempa bumi berskala 9 richter yang dasysat di Jepun dan jugak di dunia.

UPDATE: LETUPAN KEDUA TERBARU DI LOJI NUKLEAR FUKUSHIMA

Sekarang Jepun dah pindahkan seramai 140,000 orang dari kawasan bahaya di Miyagi iaitu timur laut Jepun. Kini kira-kira seramai 200 orang dah terkena kesan radiasi tu. Masyaalllah!!

Loji Nuklear di Jepun

Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar UiTM Prof Ku Halim Ku Hamid berkata, kesan debu radiasi tu mungkin tidak akan sampai ke Malaysia. Beliau berkata lagi, kita tak perlu risau sebab, debu debu radiasi ni akan dihalang oleh hujan hujan dan hutan sebelum sampai ke sini. Pemantauan tetap akan dijalankan bagi mengelak ancaman ni.

Apa yang masyarakat dunia takut dan bimbangkan sekarang ialah tragedi letupan loji nuklear yang berlaku di Ukraine pada tahun 1986 mungkin akan berulang. Dalam trajedi tu seramai 9,000 orang telah terkorban. Pencemaran nuklear yang seluas 35km dan memakan masa selama 5 tahun.

Pelajar Malaysia jugak bimbang keselamatn mereka, walaupun telah terselamat dari ancaman Tsunami tapi kini akan berdepan dengan ancaman nuklear pulak. Kini amaran dikeluarkan kerana bacaan aktiviti radioaktif telah melebihi tahap yang dibenarkan.

Apa kesan jika terkena debu radiasi ni? dari yang Nuriz baca di Kosmo ni, pada tahun 1950-an berlaku sejenis penyakit ganjil yang bahaya di sebuah pulau di Honshu Jepun. Penyakit ni kesan dari pencemaram radiasi dalam sistem perairan. Ada satu lagi penyakit yang depa sebut Itai itai yang menyebabkan badan jadi lemah, sendi tulang diserang dan membantutkan fungsi buah pinggang.

Selain tu ada lagi penyakit yang disebut Minamata iaitu sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa. Akan berlaku simptom ketidakstabilan pergerakan akibat serangan di otak. Banyak lagi sebenarnya bahaya kesan radioaktif contohnya kanser, boleh membawa maut, sel darah putih menurun, pencemaran alam sekitar, hidupan laut pun akan mati jika tercemar di laut, dan kemandulan dan kecacatan. Kesan jangka panjang ialah yang paling ditakuti seperti penyakit kanser tiroid yang terjadi di Ukraine, iaitu 4,000 kesĀ  penyakit tu telah dikesan.

Kita semua teruskan le berdoa dan berharap agar rakyat Malaysia di sana semuanya selamat. Kerajaan Malaysia jugak sudah pasti sedang berusaha melakukan yang terbaik bagi menjaga keselamatan rakyat Malaysia dan para pelajar kita di Jepun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Laporan terkini Tsunami, Ancaman Nuklear Bahaya di Jepun”

  1. [...] Terkini Jepun diancam bahaya Nuklear [...]

  2. Kalamhati says:

    Astaghfirullah..takutnya..kita sama2 doakan semoga semuanya selamat..

  3. Kurt says:

    Dihalang oleh hujan dan hutan?biar betul statement ni?hujan skrg pun dah kurang lebat…hutan pun dah byk kna tebang. lg 1, penah dengar jet stream?radioaktif ni bole bwk ikut jetstream tau tak?jet stream ni lokasi dia kt tmpt plg atas…laluan dia tak dipengaruhi oleh cuaca atau iklim…benda tu tak mustahil boleh smp malaysia.pertama sekali stand by betadine – sapukan dikawasan tyroid pasal radiasi akan menyerang thyroid dulu….baik cr skrg sblm terlambat…

    • nurizspace says:

      Prof tu kata macam tu ..emm tak tau le. Kena bagi cadangan kat Prof tu le. Sekarang letupan kedua dah benar benar berlaku. Mungkin kenyataan prof tu nak menenangkan rasa gusar rakyat di sini.

  4. lanz says:

    Maaflah sepatutnya sebagai Prof dia kena berani nyatakan yang benar…bukan setakat nak melegakan hati dan perasaa. Ini soal nyawa dan keturunan

  5. nurizspace says:

    Betul tu kita memang risau, tambah2 lg ibu bapa yang ada anak belajar kat sana, lagi bertambah risau. Memang kita nak fakta dan maklumat yang terkini dan benar.

  6. KEY says:

    MALAYSIA PON NAK BINA LOJI TNAGA ELEKTRIK NUKLEAR GAK… RENUNG2KAN..

  7. xjhnvcncdm says:

    kasian rakyat malaysia di sana dengan orang jepun dahlah tsunami,gempa bumi,letup nukclear

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold