Kenyataan Rosmah Pasal Tsunami Bukan Aku Saja Yang Pelik

Rupanya kenyataan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri Malaysia pada petang 13 Mac lalu dalam berita terkini yang dipancarkan secara langsung di tv, bukan Nuriz saja yang pelik, nak tergelak pun ada, tapi kenyataan tu pun buat orang lain semua naik pelik dan hairan lepas tu masuk pulak dalam berita CNN. Dah la sebelum tu pelakon Fizz Fairuz buat lawak bodo, kartunis Zoy pun buat kartun Ultraman lari dikejar ombak ni mai pulak kenyataan pelik dari First Lady lagi. Kebetulan petang tu Nuriz dengan adik tengah tengok berita pasal Tsunami, dan bila wartawan tanya Rosmah mengenai Tsunami, Rosmah jawab:

“Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau”
Nuriz pandang muka adik, adik pun pandang muka Nuriz, berkerut dahi dengar komen tu..erk!! kesalahan manusia ke terjadinya
gempa bumi dan Tsunami. Gempa bumi tu jadi akibat pergerakan permukaan bumi, bukan boleh kita kawal. Allah yang buat benda tu. Tsunami pun bukan manusia boleh kawal. Bukan manusia buat Tsunami tu, takda kena mengena teknologi hijau. Kami duk heran dua dua orang, Rosmah ni cakap pasal Nuklear ke Tsunami ke gempa bumi? Kalau nuklear boleh jadi le kot, tapi soalan tu pasal Tsunami.

Tu le lain kali nak bagi kenyataan kena fikir dulu, agakya Datin Seri Rosmah MansorĀ  penat kot sebab masa wartawan tanya tu dia macam baru lepas senamrobik dalam satu acara apa tak pasti pulak.

Video kenyataan Rosmah pasal Tsunami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

35 Responses to “Kenyataan Rosmah Pasal Tsunami Bukan Aku Saja Yang Pelik”

  1. ayung says:

    agaknya…dia cakap sebelum ber pk tuh..
    xpun, dia tuh cakap tnpa kesedaran diri..

    ngeee~~~:D

  2. liyana says:

    rosmah mmg pelik org nye… 1st lady la katekan.. hehe

  3. hyde says:

    dia nie selalu jadi bahan gelak. first lady oh first lady~

  4. lin azlina says:

    oic…baru tau..rupanya psl ni yg CNN tu erk..

  5. dhiera says:

    saya pun gelak jugak boleh? apa kaitan kerakusan manusia dengan tsunami?aisshh

  6. starsyeea says:

    pesal la wartawan nk mintak pendapat dia sangat…kan dah taboo…hisyyy, dia ni laa…

  7. belalang says:

    mungkin dia x pernah dgr ayat

    ‘BIAR PANDAI JANGAN MEMANDAI!”

    huhuhuh

  8. nurizspace says:

    kalau tak tau baik diam saja daripada berkata kata..jd bahan ketawa tak pasal..

  9. che sakinah says:

    kah kah kah… lawak2 xD
    tak tau nak kata apa dah..
    hadoii.. ;8)

  10. macam ni lah says:

    gelak gulinguling aku hadoiiiiiiiiiiiii

  11. decrewz says:

    jai rasa dia macam x ambil port je, main tibai je cakap..hu3.

  12. 1st lady paling lawak di dunia.. heheh..
    berlagak tau sgt..

  13. cemomoi says:

    heee betul le tu kot… laut dulunya biru kini gelombangnya dah tuko ijo .. teknologi hijau yang ever green kot

  14. papabear says:

    kasihanilah dia..

  15. Suara Kalbu says:

    Errrrr… errrrr… errrr…. tak tahu nak cakap apa.
    Harap-harap beliau sendiri pun faham apa yang beliau maksudkan :-)

  16. Seksi Bani says:

    Aku pun berkerut dahi lepas dgr komen beliau… dalam org kita sedeyyy pasal gempa dan tsunami kat jepun, tup tup… dia bagi “warning” pasal teknologi hijau… apa kes?? kakakkaa…

    wartawan tu pun satu, boleh tak tunggu rosmah tu p mandi dulu ker, makan dulu ker kalau nak tanya pasal benda2 berat mcm tu… kekeke…

  17. kpah k-poh says:

    manusia memang sering buat kesilapan…tapi bila kesilapan tu di buat oleh org yg terkenal..mcm ni lah jadi nya…jadi isu..Tapi isu fizz dan otomen Bharian tu…mmg isu yg amat dikesali..

    • nurizspace says:

      JAdi org ternama dan popular ni segala percakapan dan tindak tanduk org tengok dan teliti..isu ni sbg pengajaran jugak buat kita semua

  18. nia says:

    mayb kurangnye pengetahuan…

  19. suara says:

    1st lady mmg sesuailah di beri kepada isteri presiden amerika atau peresiden2 negara lain…sebab negara2 tu tak beraja… tapi di malaysia rasanya takde kena mengena kecuali berunsur peribadi… sebab kita ni negara beraja…

  20. mesti najib marah gile kat dia. tp rosmah ni mesti xkan minta maaf punye la.

  21. aduhai FLOM says:

    jgn harap le si najib nak marah gila kat rosmah. sik najib tu takut bini…

  22. rauf soleman says:

    betulah kata Rosmah tu….. usah lah dinkritik lagi, dah terlanjur bah. dia bercakap tu pun berdasarkan dgn segala kecanggihan yg ada dan kemajuan yg telah dicapai, tapi tidak digunakan untuk kajian keselamatan persiapan bencana alam yg tiba2 muncul….masyaAllah. Amerika pun leka dan terlupa mengingatkan rakan2 karibnya…….mungkin sibuk dengan negara2 arab yg sdg gaduh2 dgn pemimpin2 mrk kot. minyak…….minyak….. kawasan…..kawasan…. yg stratejik…. ha LIbya pun? O my god….

  23. nenek_rosmah says:

    masihkah kau ingat wahai si rosmah kalo tak kerana selipar jepun lah kao tak berkaki ayam…hehehehe

  24. APAN says:

    haha…pengakuan aku…aku benci dia…salah satu sebab aku benci najib sebab die ni gak la…bengong…haha…
    APAN recently posted..20 Most Extreme Female Bodies

  25. intanberlian says:

    haha. entahlah. tu la nak cakap pape pikir dulu. tak sempat pikir kot nuriz. masuk tv lak tu.malu den isteri pemimpin macam ni.haih.
    intanberlian recently posted..Lomography is my new hobby!

  26. maryam says:

    Kite memang ingat dia ni tak berapa bijak…tapi bila dia buka mulut terus terbukti memang dia ni bongok. Malu dapat bini pemimpin macam ni. Ce dok diam diam kan elok, muka tu dah le keras semacam…

  27. yas says:

    Gua tak suka pompuan nih…..

    Kalau lama Najib dok kt atas…mau jahanam ini negara…..
    yas recently posted..Bila cuti sekolah

  28. jan says:

    funny.
    well, knowledge is virtue.

  29. mrstan says:

    kalu tsunami berlaku di jepun die blh la ckp kesilapan negara jepun sb jepun maju ngn segala teknologi..tp bile tsunami berlaku kt negara indon dulu nk bg alasan ape lak sb indon bkn nye maju cm jepun pon..kuang kuang kuang…pk la ni sume dunia hampir ke penghujung nyer….kalu krg ilmu agama cm ni la jd nyer..

  30. kelisa puteh says:

    haha, die ingat die ditanya pasal nuklear.. moral of the story = sila lah dengar soalan elok2 ;p

  31. tengku fina haleel says:

    mungkin benar kata mode blog ni, maybe dis busy old women letih..
    bukan senang jd first lady, banyak perkara nak jaga, suami pula bukan calang2, ketua negara kita jugak..sambail2 menjaga kebajikan rakyat dan melibatkan diri dalam badan2 bukan kerajaan, dia still luangkan masa jaga datuk seri kesayangan kita…thanks to her ok..
    tak salah kita betulkan beliau sekiranya salah, janganlah terlau rigid dan jumut pasal kesalahan2 kecil macam ni..
    it’s better if we support her and just think ‘ maybe she tired’..
    dosa pon xdapat pahala kita dapat..anda buat anda dapat..hehe..

  32. [...] Keselamatan rakyat dan alam perlu didahulukan dalam apa jugak pembangunan atau projek yang nak dibuat. Memang projek ni menberi faedah pada rakyat, tapi perlu jugak ambil kira kesan kepada alam sekitar. Bak kata Rosmah Mansor dulu, sebelum buat apa apa pembangunan, fikirkan le pasal alam yang hijau ni,,masa dia komen pasal Tsunami (tak inagt kena baca balik le) [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold