Kawasan Amaran Tsunami Sekitar Pasifik

Lagi berita yang Nuriz baca berkenaan amaran tsunami, Indonesia dah mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk  yang tinggal di kawasan timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi. Penduduk kawasan itu dinasihatkan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya tsunami susulan gegaran kuat di Jepun.

Gempa bumi bermagnitud 8.9 skala richter itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal dicampak ke pesisir pantai.

sumber- AFP

Ini ialah peta kawasan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik

Peta kawasan amaran tsunami

Kawasan yang bertanda merah tu ialah Honshu Jepun. Puluhan negara kini berwaspada,  termasuk seluruh pantai barat Amerika Syarikat dan Kanada, selainnya ialah negara  Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador dan Columbia.

Gelombang terbesar  menuju selatan-barat dari Jepun sekitar 500mph dan boleh menyeberangi cekungan Pasifik dalam masa 24 jam. Ada gelombang 4-7 meter merempuh pantai Jepun. Jepun memberi amaran kemungkinan tsunami akan berulang, pihak berkuasa mendesak rakyat Jepun  untuk berada jauh  dari wilayah pesisir pantai.

Di  Filipina pihak berkuasa mengarahkan  pengosongan penduduk di sekitar pesisir pantai di sepanjang pantai timur. Pegawai pengurusan bencana di wilayah Albay, sebelah timur Manila.

Penjaga pantai Taiwan mulai mengarahkan orang ramai menjauhi kawasan pantai timur, meskipun tidak padat penduduk. Gelombang yang ada dilaporkan setinggi 50cm sampai 1m .

Para pegawai di  Rusia pulak  telah memindahkan 11,000 penduduknya dari daerah pesisir timur pulau Sakhalin terpencil dan wilayah di sisinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kawasan Amaran Tsunami Sekitar Pasifik”

  1. semoga Malaysia terhindar daripada bencana ni, amin..

  2. MDHAFiZ.NET says:

    T.S.U.N.A.M.I
    Tuhan Siksa Umat Nabi Agar Mereka Insaf….
    Amin.. semuga negeri kita dihindari de bala bencana…

  3. papabear says:

    tempias dia sampai sini..dahsyat..

  4. Moga bencana ini cepat berakhir… sedih mengenang mereka yang terkorban

    ANTARA KEPERCAYAAN & ADAT. URI DI TANAM BERSAMA PAKU

  5. decrewz says:

    Harap semuanya selamat.. Banyak2lah kita berdoa..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold