Gambar dan Profil 12 Pelajar Akademi Fantasia 9

Ini dia senarai 12 pelajar AF 9 yang telah berjaya. Kesemua 12 pelajar ni diumumkan petang semalam di sidang media. Enam pelajar perempuan yang terdiri dari LENA, AIDA, LAIKA, MIZA, NERA dan EKA manakala 6 pelajar lelaki ialah AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY.

SAKSIKAN VIDEO PERSEMBAHAN PELAJAR AF 9 (antara yang menarik)

Bila konsert tirai Af 9? Ok konsert tirai akan diadakan pada 2 April 2011 jam 9 malam di Astro Ria. Nantikan persembahan 12 pelajar tu, dan yang mana satu kah jadi pilihan anda..hehe!!

Pelajar AF 9 dan Profil

afif dan eka

Alif Afif Tirmizie, umur 25 tahun, asal dari Selangor, pekerjaan asal ialah Jurucakap syarikat perniagaan.

Nuratiqah Shariffudin, umur 22 tahun , asal dari KL, pelajar Kuala Lumpur Metropolitan University

Amir dan Laika

Amirullah b Jahari, umur 19 tahun , pelajar Aswara dan asal dari Sarawak.

Laika atau Zulaikha Zahari, umur 22 tahun, asal Cheras, pekerjaan asal dulu berniaga.

Azri dan Miza

Azri atau nama asal, Mohamad Azri Abdullah, berumur 24 tahun, pemuzik Gamelan, asal Selangor.

Roshammizah Rosli, umur 27 tahun, asal Selangor, pekerjaan: Pengajar /tutor di kolej.

Kay dan Aida

Kay atau Nurkahidir Muhid, berumur 22 tahun asal Kuala Lumpur dan bekerja sendiri. Manakala Aida atau Nursuhada Jebat , berumur 19 tahun, asal dari Melaka, pelajar Uitm Shah Alam.

Erul dan Nera

Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, asal dari Kl, berumur 20 tahun, pelajar IPT Aswara. Manakala Nera atau nama asal Quennera Francine Francis Kitingon, umur 19  tahun asal Sabah, pelajar.

Lena dan Raqib Af

Lena atau Lenaber bt Hadir, asal Sabah, umur 21 tahun dan bekerja sebagai peniaga. Raqib atau Fahrur Raqib b Abd Majid asal dari Melaka, pelajar.

Apa yang menarik untuk Af9 ni ialah kelainan yang dibawakan dalam Diari Akademi di lokasi baru dan boleh dilihat  secara terbuka.

Plaza Aeon AU2 telah dipilih sebagai lokasi Diari Akademi Fantasia 9. Sebuah bangunan kecil 2 tingkat yang hanya berdindingkan kaca telah dibina di dalam kompleks membeli-belah tersebut. “Rumah Kaca” ini menempatkan bilik vokal, bilik tarian, bilik muzik, ruang legar di tingkat bawah dan bilik pengetua serta bilik operasi di tingkat atas.
Info dari Af :
Semua aktiviti pelajar dapat dilihat oleh pengunjung pusat membeli-belah ini setiap hari termasuk sesi pembelajaran vokal, sesi tarian dan sebagainya. Penginapan untuk 12 pelajar ini pula adalah di lokasi yang dirahsiakan.

Secara eksklusif di laman web rasmi Akademi Fantasia 9, 4 kamera web akan diletakkan di sudut-sudut tertentu dalam akademi untuk tontonan pengunjung laman web AF. Siaran langsung ini hanya terdapat di laman web dan tidak akan disiarkan di TV. Nantikan siaran diari secara langsung ini mulai 4 April 2011.

Akademi Fantasia 9 masih mengekalkan Cikgu Shafi dan Cikgu Fatimah Abu Bakar sebagai tenaga pengajar, manakala Cikgu Aris yang pernah muncul dalam Akademi Fantasia 7 kini kembali menjadi koreografer untuk Akademi Fantasia 9. Bekas pengkritik Akademi Fantasia, Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura pula telah terpilih memasuki barisan tenaga pengajar untuk musim ini.

Cikgu Shafi akan memegang jawatan sebagai Guru Vokal Teknikal, Cikgu Aris sebagai Guru Tari, Cikgu Ning Baizura sebagai Guru Vokal Persembahan, Cikgu Fatimah sebagai Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris dan Adlin Aman Ramli sebagai Guru Seni Lakonan.

Gambar Bilik Kaca Af

Lokasi tempat belajar pelajar2 AF, ialah di Plaza Aeon AU2 sebelah food court, peminat boleh datang tengok dan nak ambil gambar pun boleh. Tempat tidur pelajar2 pulak di lokasi lain, bukan di situ, jadi tak boleh le nengok budak2 AF tidur ye hehehe!!

Pengetua AF 9 siapa? Dengar ura2 Amy Search, tak sure le, tunggu je le nanti pengumuman dalam konsert tirai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Gambar dan Profil 12 Pelajar Akademi Fantasia 9”

  1. liyana says:

    mcm xde yg menarik je.. hehehe

  2. lin azlina says:

    hehehe…cambest jer leh tengok diorg secara live…

  3. wahhh lagi gempak kan….dah advance

  4. SharkFiq SSM says:

    laa, mcm xbest konsep bilik kaca..
    kalo jd pserta pun mcm xleh nak fokus, dah ramai sgt org lalu lalang. tgk2, mesti cam xbpa nk best dh.. (in my opinion)

    btw, sape2 nak taw n dgr lagu terbaru maher zain – freedom bleh r mai melawat blog Shark~ ;)) hehe

  5. sy anti AF.. hehehe..

  6. [...] kata kebanyakan pelajar AF9 kali ni baik dari pelajar Af 8 sebelum ni. Gambar dan Profil Pelajar pelajar AF9 Posted in hiburan Tags: Persembahan Amir AF9, Persembahan Erul AF9 konsert tirai, [...]

  7. [...] SENARAI PELAJAR AF9 DAN PROFIL Video 25 terbaik calon AF9 [...]

  8. Salleh says:

    Gila lar dak Raqib, time skola bkn main hafazan, agama, skrg menyanyi..Hurm2222

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold