Filem Romantik Sci Fi Matt Damon Adjustment Bureau

Semalam Nuriz saja saja nak tengok filem baru Matt Damon yang cute hensem ni, tajuknya Adjusment Bureau. Nuriz memang minat filem Matt Damon yang dulu2 tu, ada 3 filem Bourne yang dalam simpanan Nuriz, punya le minat kan hehe!! Bila tengok sinopsis dan rating yang diberi di imdb uishh tinggi jugak. Dalam hati berkata best ke cite ni. Kadang2 apa yang orang suka tak sama mcm kita suka. Kena tengok dulu le baru tau suka ke tak, best ke tak? Duk bayangkan macam cerita Bourne le, action sana sini, lari sana sini, sebab Nuriz tengok cover pun, Matt Damon duk lari dengan sorang pompuan. Filem ni bukan fielm aksi tapi romantik sci fi.

Matt Damon dan Emily Blunt

Semalam dah tengok le cerita ni, emmm boleh la..hahah!! nama pun sci fi kan, agak merapu sikit. Merapu sebab Matt Damon yang pegang watak David Norris seorang senator muda rupanya dikawal oleh sekumpulan lelaki yang tak tau mai dari mana. Mungkin pengarah nak buat macam malaikat kot. Kumpulan lelaki berkot hitam dan bertopi ni boleh keluar muncul di mana mana untuk kawal David ni. Ada pintu pintu rahsia yang depa guna untuk keluar masuk di mana mana tempat. Berfantasi le tinggi tinggi..haha!! sci fi filem, ingat tu.

Dalam perjalanan hidup David nak menjadi senator, dia telah berjumpa dengan seorang wanita jelita bernama Elise Sellas lakonan Emily Blunt. Lalu David pun jatuh cinta le dgn Elise, seorang penari dan orang biasa saja. Kumpulan lelaki berkot hitam yg kawal David tadi berusaha memisahkan David dgn Elise. Macam cerita Truman Show pun ada gak ni. Tapi lebih canggih sikit le dari Truman Show.

Filem Adjustment Bureau ni sikit habuk pun tak serupa macam filem Bourne ye, cerita yang biasa tanpa aksi aksi lawan pun (memang bukan fielm aksi pun ..apa derr) , takda tembak tembak, bagi yang duk bayangkan Matt Damon nak berlawan tumbuk, tak dak le dalam fielm ni. Matt Damon menjadi seorang lelaki yang biasa je, atau mungkin pencinta wanita heheh!!

Romantiknya kat mana? David ni telah terpisah dgn Elise selama 3 tahun tapi kerana jodoh dan cinta depa yang kuat depa dapat le bertemu kembali. Kat situ le nak habaq mai, betapa kuatnya cinta dua orang ni, mcm orang kata kalau dah jodoh tak ke mana, beribu batu pun bertemu jugak..ahak!! Walaupun scene romantik tu sikit, tapi agak terkesan, kalau pengarah buh banyak lagi syok pe.

Kesudahan cerita ialah….tuttt!! suspen sikit, nak tau David Norris bersatu ke tak dengan Elise..kena le tengok heheh!!

Pengajaran filem ni bg Nuriz le, kehidupan manusia ni telah ditakdirkan dan diuruskan oleh Maha Pencipta, dan manusia tak mampu nak tiru macam tu. Lagi satu kita kena yakin akan kebolehan kita, yakin dengan keputusan kita dan bukan seperti lalang hanya ikut je apa orang kata. Tetap pendirian le pendek kata kan. Yakin kau boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Filem Romantik Sci Fi Matt Damon Adjustment Bureau”

  1. Rama2Ungu says:

    waaah..cam best jek ni…mat hensem tu lak lagi kan..insyaallah ada time nnt g la terjah jap..hehe

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold