Amaran Radiasi Tinggi di Zon Gempa Jepun

Berikutan letupan ketiga loji nuklear yang baru berlaku semalam, Jepun telah memberi amaran terhadap kadar radiasi tinggi di sekitar zon gempa di Fukushima. Manakala kedutaan Perancis pulak kadar radiasi boleh mencecah ibukota Tokyo sejauh 240km dalam masa 10 jam.

Angka kematian akibat Tsunami dianggarkan seramai 4,000 dan lebih 7,000 disenaraikan sebagai hilang dan jumlah tu mungkin akan meningkat lg.

Kadar radiaksi di Bandar Maebashi, 100 kilometer di utara Tokyo direkodkan sepuluh kali ganda berbanding paras normal.

Kebakaran di reaktor no. 4  menyebabkan kadar radiasi kawasan sekitarnya pantas meningkat.

Naoto Kan, Perdana Menteri Jepun: “Kadar kebocoran radiaksi kini agak tinggi dan kemungkinan berlakunya lebih banyak lagi kebocoran. Jadi mereka yang tinggal sekitar 20 kilometer dari reaktor Fukushina nombor satu perlu dipindahkan, walaupun saya dimaklumkan hampir semuanya telahpun dipindahkan. Dan kini, kami meminta mereka yang tinggal sekitar 20 hingga 30 kilometer agar tidak keluar rumah dan pejabat bimbang apa yang akan berlaku ke atas reaktor itu daripada sekarang.”

Di sebalik gesaan agar penduduknya bertenang, mereka bergegas ke kedai seluruh Tokyo membeli stok bekalan makanan.

Beberapa kedutaan asing turut mengarahkan kakitangan dan warganya agar meninggalkan kawasan yang terjejas teruk di fukushima.

sumber : Berita TV3 dan AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold