Sudirman, 19 tahun pemergiannya.

Hari ni genap 19 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad penghibur no 1 Malaysia. Al Fatihah untuk beliau.

History Channel 555 ada menyiarkan biografi pasal Sudirman, bermula 20hb Feb lalu. Kalau RTM buat macam tu jugak kan bagus, tapi selalu RTM ada jugak buat rancangan khas yang menyiarkan kembali persembahan lama Sudirman..tak tau la kot kot ada malam ni.

Keratan akhbar mengenai Sudirman

Masa Nuriz sekolah menengah dulu, disebabkan terlalu minat dengan Sudirman, sanggup simpan keratan akhbar dan apa saja le tulisan mengenai Allahyarham Sudirman ni. Lagu lagu dia hampir semua Nuriz leh hafal heheh!! minat sgt le katakan. Dulu Sudirman selalu buat persembahan dengan Noorkumalasari atau pun anak sedara dia Atai tu. Mesti duk tunggu depan tv je nak tengok.

Sudirman ni tiada gantinya, penghibur berbakat yang diminati setiap lapisan, tak kira tua muda, tak kira bangsa apa.

Ni antara koleksi Nuriz yang masih ada

Sudirman dan Atai

Lukisan ni Nuriz lukis sendiri

Koleksi lukisan Nuriz

Biodata Sudirman

NAMA: Sudirman Haji Arshad
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1954
ASAL: Temerloh, Pahang
KARIER: Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam
KELUARGA: Anak bongsu daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya
BAPA: Arshad Hassan
IBU: Ramlah Dahlan
MENINGGAL DUNIA: 22 Februari 1992
PENCAPAIAN: Antaranya, Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978, Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 1987, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989 dan Penghibur Nombor Satu Asia 1989
ANUGERAH: Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1988, Ahli Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang 1990, Johan Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1992 dan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang daripada Sultan Pahang (2009)

Lagu lagu Sudirman kebanyakn tentang kehidupan Sudirman dan tentang kisah suka duka cintanya. Lagu yang Nuriz minat, Merisik Kabar, Jauh di Sudut Hati, Salam Terakhir, Pelangi Petang dan banyak lagi le. Lagu lagu cinta dia kalau dengar menusuk kalbu, membayangkan kepedihan dan kegagalan cinta dia. Orang yang dengar pun boleh menyelami kisah sedih dia.Sudirman mampu mendekati peminatnya dgn cara yang tersendiri.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Sudirman, 19 tahun pemergiannya.”

  1. Mutalib says:

    Al-Fatihah buat beliau. Lagenda yang sebenar..

    • aizas says:

      Al Fatihah buat penghibur No 1 Asia ini… kelahiran beliau merupakan anugerah dari Ilahi yang meminta kita semua menilai diri sendiri. Ketabahan, kesabaran dan juga daya usaha yang dinamik telah arwah buktikan dengan begitu berkesan sekali. Kehilangannya sehingga belum lagi terisi. Tidak setanding dengan golongan penghibur yang ada masa kini. Reda dengan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada Negara….

  2. siTokei says:

    pehhhh cantik betul lukisan tuu…..
    nyanyi satu lagu please :)

  3. caliph says:

    al-fatihah utk arwah…

  4. papabear says:

    so far masih belum ada yg sehebat Sudirman, selepas P Ramlee… Al-Fatihah…

  5. Miziey says:

    al-fatihah~
    minta izin copypaste biodata Sudirman ye tuan belog.. harap diizinkan..

  6. saiful says:

    Paling minat dengan lagu2nya terutama lagu ayah dan ibu,huhu.
    Al-fatihah utk arwah.
    saiful recently posted..Salah Aku Entri Macam Sampah

  7. Daus says:

    Al-fatihah..
    Orang Pahang tu hee

  8. yas says:

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan mukmin2 yg soleh….Al Fatihah.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold