Sinopsis Samson dan Delaila Tv3

Baru habis tengok drama Fasha Sandha..hehe. Ni sinopsis Drama Samson dan Delaila dalam slot Samarinda tv3 lakonan Fasha Sandha dan Ady Putra, cerita ni mengisahkan perjalanan hidup penuh cabaran dan liku yang perlu ditempuhi oleh gadis yang memberontak bernama Delaila lakonan Fasha Sandha.

Samson dan Delaila

Kisah dalam drama ni panjang, jadi permulaan kisah ialah apabila Noreen ibu Delaila berkahwin dengan tuan Kamal , tapi tuan Kamal ni kaki perempuan dan tak cintakan Noreen, Noreen pulak jatuh cinta dengan Jamil saudara angkat Kamal. Delaila ni hidup dalam rumahtangga yang penuh penderaan dan dari kecil lagi dia dah tengok mak dia kena belasah dengan bapa dia. Delaila dibesarkan oleh Zaleha, perempuan simpanan tuan Kamal yang tinggal bersama dan Zaleha ni pulak ada anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan Kamal iaitu Kamil. Delaila dibesarkan sebagai gadis yang berani dan suka membuli pelajar lain di sekolah dan agak liar, manakala Kamil anak luar nikah bapanya dibesarkan penuh manja dan kasih sayang oleh Zaleha.

Ibunya Norreen telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya hasil rancangan dari Kamal, Delaila mengetahui tentang rahsia bapanya, dan dia menyimpan dendam terhadap Kamal. Apabila Delaila ni dah sampai umur 15 tahun dia terlanjur dengan Amir dan dia melahirkan anak luar nikah di negara seberang, bapa dia hantar dia ke sana sebab nak tutup malu. Aii..Fasha berlakon jadi liar lagi ye dalam drama Samson dan Delaila nih..Apa kesudahan cerita ni…saksikan Samson dan Delaila di tv 3 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Sinopsis Samson dan Delaila Tv3”

  1. [...] OST Samson dan Delaila Samarinda Tv3 January 25th, 2011 nurizspace ShareSINOPSIS SAMSON DAN DELAILA [...]

  2. EDtv says:

    saya suka tengok drama ni. Thanx nuriz 4 ur info..

  3. ika says:

    apa nma watak adi putra dlm drama ni?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold